FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Elak Pengaruh Luar, Jaga Keluhuran ‘Calak Brunei’


 


 March 6th, 2023  |  10:01 AM  |   167 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pastikan dengan sebenarnya dengan bijak dan penuh penelitian ia tidak datang daripada anasir-anasir pengaruh luar kerana sebagaimana juga yang dititahkan bahawa kita sesungguhnya tidak mahu sebarang anasir mungkin anasir luar mencemari keluhuran 'Calak Brunei' kita.

 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum ini juga menyebut keluhuran 'Calak Brunei' kita yang bermaksud untuk kita tidak mencemarinya dan dirumuskan dari segi aspek dan sudut-sudut kesejarahan, kebudayaan dan juga dilihat kepada sosiopolitik realitinya dari rumusan-rumusan itu kita telah menyebut dan memasyhurkannya bahawa Negara Brunei Darussalam dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala akan selama-lamanya kekal menjadi Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat, demokratik dan bersendikan ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menekankan perkara tersebut pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi.

 

“Inilah inti pati 'Calak Brunei' yang luhur dan tidak dicemarkan. Dalam keluhuran calaknya itu kita telah berazam menerusi kemasyhuran kemerdekaan pada tengah malam 31hb Disember 1983M menjelang 1hb Januari 1984M yang terasnya ialah akan berusaha membangun dan memajukan negara ini, memelihara kesejahteraan rakyat, memelihara keutuhan wilayahnya, memelihara hubungan persahabatan dan antarabangsa dan bebas dari campur tangan asing.

 

“Dengan itu, jelas bahawa negara kita akan terus berkembang dan maju dengan kemodenannya," tegas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, kita rakyat dan penduduk generasi demi generasi akan kekal dengan identiti bangsa yang taat mendukung pemerintahan beraja, memelihara dan menghormati nilai-nilai ugama Islam dan amalan berbaik-baik tradisi hidup untuk keharmonian.

 

Terangnya lagi, kita insaf sebagai negara dan bangsa bahawa kita tidak menoleh pandang ke belakang untuk bertahan ditakuk lama, kita mesti dan telah pun bergerak ke hadapan dengan yakin menempuh zaman yang berubah.

 

“Namun yang pasti kita yakin dan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala bahawa kita, bangsa kita, negara kita akan kekal dengan calaknya sebagaimana ia telah dipertahankan oleh generasi demi generasi pendahulu kita hingga ia diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk kekal dengan wilayahnya walau kecil seampap tangan namun cantik, manis, molek, indah, menawan dengan bilangan penduduknya senang di bilang mengikut hitungan jari namun itulah kita dengan calak Brunei kita yang murni yang kita pertahankan untuk tidak dicemari," tambah Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10