FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMKS Penting Dalam Mempergiatkan Ekonomi Negara


 


 March 6th, 2023  |  10:03 AM  |   158 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga menitahkan supaya peranan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) membentuk 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan aktif di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020.

 

PMKS adalah sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara. Dengan itu, persekitaran perniagaan harus terus-menerus diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan perusahaan-perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang.

 

“Alhamdulilah, kita juga telah melihat kedayatahanan atau 'resilient' serta ketangkasan PMKS di negara ini ke arah menggalakkan aktiviti perekonomian dengan menerima pakai kaedah-kaedah modal perniagaan yang pelbagai dan kreatif serta pengurusan teknologi terkini dalam mengatasi cabarancabaran kesan daripada COVID-19 demi meneruskan kelangsungan perniagaan dan survival masing-masing".

 

Demikian antara yang dikemukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyokong usul Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim iaitu usul menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, hari ini.

 

Dalam hal ini, jelas Yang Berhormat seterusnya, JPM sebagai agensi utama dalam menerajui dan menyelaras pelaksanaan fungsi jentera-jentera kerajaan akan terus mendukung, meningkatkan tahap penyampaian Perkhidmatan Awam yang akan akan memangkin pembangunan perekonomian negara yang berdayatahan serta menjaga kepentingan, keamanan dan keharmonian negara rakyat dan penduduk negara ini selaras jua dengan visi Pelan Strategik JPM iaitu 'Kepimpinan Dan Urustadbir Yang Cemerlang' dan matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Usaha-usaha dalam mempertingkatkan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai akan terus diberikan keutamaan di samping penggunaan teknologi maklumat dalam penyampaian perkhidmatan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra pelanggan.

 

Dalam mendukung pembangunan industri PMKS, tambah Yang Berhormat lagi, JPM melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melaksanakan penilaian terhadap jabatan-jabatan yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan melalui Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA).

 

Antara skop penilaian menumpukan kepada pengurusan kerja dan pembaikan mutu perkhidmatan dalam memenuhi ekspektasi pelanggan yang antaranya terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan.

 

Dengan pengauditan yang dilaksanakan melalui 3PSA akan memastikan pemberian perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang diperlukan oleh para peniaga dijalankan dengan cekap dan dapat memudah cara, pihak PMKS beroperasi dan menjalankan perniagaan dengan sempurna.

 

Dalam masa yang sama, JPM melalui agensi-agensi keselamatan memainkan peranan penting kepada menwujudkan persekitaran yang selamat bagi mendukung perkembangan PMKS.

 

Tambahan lagi dalam usaha negara menarik Pelaburan Langsung Asing atau FDI yang juga berpotensi menghasilkan peluang perniagaan kepada PMKS melalui perkhidmatan dukungan kepada syarikat-syarikat FDI.

 

Berucap pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan tumpuan juga diberikan kepada memastikan undang-undang dan sistem perundangan negara akan sentiasa dikemas kini dan relevan berpandukan kepada amalan-amalan terbaik serantau mahupun antarabangsa dalam memberikan persekitaran perundangan yang kondusif kepada memastikan PMKS dan FDI akan dapat berdaya saing dan berdayatahan dan seterusnya menyumbang kepada menjana peluang pekerjaan kepada anakanak tempatan.

 

Selain itu, pelaksanaan dan pematuhan arahan pembangunan perniagaan tempatan (Local Business Development Directive) bagi sektor tenaga akan terus dikukuhkan untuk memberi peluang perniagaan dan meningkatkan kemampuan keupayaan syarikat-syarikat tempatan termasuklah PMKS.

 

Di samping itu, jelas Yang Berhormat, Jabatan Tenaga di JPM juga menerajui inisiatif Program i-Usahawan bagi Sektor Minyak dan Gas dan Sektor Kuasa Elektrik.

 

“Melalui program ini usahawan belia tempatan diberikan peluang bersaing secara kompetitif untuk mendapatkan kontrak yang dikhususkan. Setakat tahun 2022 sebanyak 23 kontrak telah dianugerahkan kepada 32 usahawan belia dengan jumlah keseluruhan nilai kontrak sebanyak lebih kurang BND30 juta dan membuka peluang pekerjaan kepada seramai 360 orang anak tempatan.

 

“Program ini berhasrat melahirkan usahawan-usahawan belia yang berkapasiti tinggi, mandiri lagi berdaya tahan dan mampu mengekalkan serta mengembangkan perniagaanperniagaan mereka ke arah menjadi sebuah syarikat yang sentiasa berdaya saing dan mampan," jelas Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II seterusnya mengenai inti pati titah Kebawah DYMM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10