FacebookInstagramTwitterContact

 

Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>           Western United Captain Josh Risdon Set To Depart           >>           Champions League Underdogs Dortmund Beat PSG To Reach Final           >>           Tuchel On Madrid-Bayern UCL Semi: We Dreamed Of This As Kids           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanai Tanggungjawab Dengan Ikhlas


 


 March 6th, 2023  |  10:05 AM  |   158 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi dalam ucapan usulannya telah menyentuh titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  supaya semua Ahli-ahli Yang Dilantik akan dapat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memberikan apa jua pandangan, dalam masa yang sama baginda juga bertitah supaya mereka termasuklah ahli-ahli di sebelah sini akan bersikap terbuka dengan anak-anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing.

 

Pada hemat Yang Berhormat, titah menyebut agar bersikap terbuka dengan anak buah kepada Ahli-ahli MMN yang baharu dilantik yang mewakili daerah-daerah (menurut Ceraian 5 (iv) dari Jadual Kedua Perkara 24 (1)) Perlembagaan Negara yang mana mereka itu menurut lantikan pada masa ini adalah terdiri daripada Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung yang mewakili penduduk di daerah-daerah.

 

Menurut Yang Berhormat, mereka ini masing-masing ditentukan untuk memeduli hal ehwal kebajikan penduduk iaitu anak buah mereka dan hal ehwal keadaan mukim serta kampung tertentu.

 

"Maka titah dalam konteks itu, adalah mengharapkan dan pada hemat kaola bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menaruh kepercayaan terhadap keupayaan Yang Berhormat Ahli-ahli MMN yang dilantik bagi mewakili daerah menurut peruntukan dalam Perlembagaan Negara seperti Yang Berhormat telah sebutkan.

 

“Dan supaya mereka akan sentiasa berdamping dengan rakyat, penduduk mukim dan kampung.

 

“Dalam hal ini, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola melihat ada hubungannya dengan institusi mukim dan kampung yang masing-masing dengan majlis perundingannya sebagai perlembagaan permesyuaratan ahli-ahlinya yang dilantik menurut aturan-aturannya," terangnya.

 

Maksud Yang Berhormat ialah Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung perlulah aktif dan perlulah responsif dalam melihat hal ehwal rakyat penduduk di mukim dan kampung masing-masing kerana menerusi majlis-majlis perundingan mukim dan kampung, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung adalah memikul dan membeban dengan menjunjung tinggi amanah tanggungjawab jawatan.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, mereka adalah pemimpin peringkat mukim dan kampung, namun mereka tidak bersendirian, di mukim dan kampung ada masjid ada sekolah, maka penghulu dan ketua kampung tentu ada rakan sekepimpinan bagi institusi-institusi seperti dari masjid-masjid dan sekolah-sekolah itu.

 

 Maka penghulu dan ketua kampung tidaklah keseorangan untuk memperkasakan kepimpinan mukim dan kampungnya.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat sedia memahami bahawa untuk mengukuhkan atau memperkasakan majlis-majlis perundingan mukim dan kampung itu adalah juga bergantung kepada faktor-faktor yang lain.

 

 Apa pun faktornya, Yang Berhormat yakin akan dan boleh dilihat dengan berkesan melalui pendekatan kita Whole of Government dan Whole of Nation.

 

Yang Berhormat juga melihat bahawa dalam keadaan bekerjasama yang rapat itu nanti, Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili daerah-daerah dan rakan-rakan kepimpinan mukim dan kampung masing-masing, mereka bersama hendaklah juga mengambil perhatian berat kepada maksud titah yang dimahukan supaya Ahli-ahli MMN dikehendaki berfikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar.

 

Maksud titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu adalah sangat mustahak dijunjung dalam erti kata sangat mustahak masing-masing kita bersikap sedia mendengar apa jua maklum balas namun dalam masa yang sama mestilah berwaspada dan bijak menimbangkan apa jua fikiran dan maklum balas yang disarankan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-08 23:17:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-08 22:59:10