Home > Sports
Erat Silaturahim Melalui Perlawanan Badminton Persahabatan
March 7th, 2023 | 07:02 AM | 513 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pemain badminton yang bersara 55 (YBs55) mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan Pemain Bulu Tangkis Harmoni (PBT Harmoni) pada Sabtu, 4 Mac 2023.
Tujuan perlawanan persahabatan berkenaan adalah bagi mengeratkan silaturahim antara kedua-dua pasukan yang sentiasa aktif bersukan khususnya dalam permainan badminton.
Kedua-dua pasukan menampilkan para pemainnya dalam kalangan warga veteran yang telah bersara daripada perkhidmatan yang berusia 55 hingga 65 tahun.
Perlawanan persahabatan berkenaan diadakan di Kompleks Sukan Sungai Kebun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]