Home > Bahasa Melayu
Perkenalkan Trek Riadah Kampung Bukit Beruang
March 7th, 2023 | 07:05 AM | 107 views
TUTONG
Seramai 100 peserta mengambil bahagian pada Bear Hill Ultra Trail (BHUT) Brunei Loop Siri Pertama yang diadakan di Kampung Bukit Beruang, Tutong.
Turut menyertai larian bukit berkenaan adalah peserta dari luar negara seramai lapan orang.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan, iaitu empat kategori bagi larian sejauh 30 kilometer; dan lima kategori bagi larian sejauh 50 km.
Adapun tujuan pertandingan larian bukit berkenaan diadakan adalah sebagai acara penutup sebelum kedatangan bulan Ramadan selain memperkenalkan lagi trek riadah di Kampung Bukit Beruang kepada orang ramai.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para peserta ialah Pengerusi BHUT, Aqzi Heng binti Haji Md. Affandi.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Moksin bin Haji Moktar dan Md. Shahrop Redhwan bin Haji Md. Yussof, iaitu wakil menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut bekerjasama dan menyokong acara berkenaan ialah jack's, gymBro's Kitchen, Milo Penanjong, Burn Calories, Tripple 2 Cornes, Nur Fusun dan Montob Runner Sabar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]