Home > Breaking News
Berangkat Tiba Di Republik Türkiye
March 7th, 2023 | 07:14 AM | 193 views
ANKARA, REPUBLIK TÜRKIYE
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat tiba di Ankara bagi mengadakan Keberangkatan Negara ke Republik Türkiye pada 6 hingga 9 Mac 2023.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Esenboga dialu-alukan oleh Minister of Industry and Technology Republik Türkiye, Tuan Yang Terutama Mustafa Varank.
Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Republik Türkiye, Tuan Yang Terutama Mohammad Shafiee bin Haji Kassim.
Hubungan diplomatik antara NBD dan Republik Türkiye telah dijalin pada 27 Jun 1984 dan sejak itu, kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama yang meluas dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kebudayaan, dan pertahanan.
Keberangkatan Negara Kebawah DYMM ke Republik Türkiye ini mengesahkan semula hubungan dua hala yang mesra antara NBD dan Republik Türkiye, dan seterusnya mempromosikan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua buah negara.
Kali terakhir Kebawah DYMM berangkat ke Republik Türkiye bagi Keberangkatan Negara adalah pada 7 hingga 11 April 2012.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]