FacebookInstagramTwitterContact

 

Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA - JAKIM : Terokai Pelbagai Bidang Kerjasama


 


 March 7th, 2023  |  07:44 AM  |   109 views

KOTA KINABALU

 

Menerusi program Jelajah Silaturahim Da'ie Borneo, satu kunjungan hormat diadakan  ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Cawangan Sabah yang disambut oleh Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais.

 

Rombongan dari Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diketuai oleh Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah.

 

Hadir sama dalam kunjungan hormat berkenaan ialah rombongan dari Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAGM) yang diketuai oleh Presiden WOAG, Profesor Dato' Dr. Fakhruddin bin Abdul Mukti, selaku Profesor Akidah di Fakulti Usuluddin, UNISSA.

 

Antara objektif kunjungan berkenaan adalah untuk meneroka pelbagai bidang kerjasama bersesuaian antara UNISSA khususnya Fakulti Usuluddin dan JAKIM selaras dengan kedudukan geografi antara kedua-dua buah negara yang mempunyai banyak persamaan diyakini memudahkan lagi pergerakan dan urusan pengendalian program.

 

Dalam perjumpaan berkenaan, pihak UNISSA menyampaikan usulan untuk memberikan peluang kepada para pelajar Fakulti Usuluddin menjalani Latihan Industri di organisasi bersesuaian melalui JAKIM, Sabah.

 

Tidak ketinggalan juga turut dipromosikan ialah program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat UNISSA bagi memberi kesempatan kepada para pelajar lulusan Diploma Tahfiz dan Qiraat di bawah JAKIM, Malaysia menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di UNISSA.

 

Dalam ucapan balas YBhg. Datuk,  pihaknya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UNISSA dan melihat banyak ruang kolaborasi boleh dilaksanakan khususnya dalam usaha gerakan  dakwah.

 

Selain itu, YBhg. Datuk juga memberi pengenalan ringkas tentang perkembangan JAKIM Cawangan Sabah yang antara lain adalah penawaran program Diploma Pelancongan Islam.

 

Kunjungan berkenaan diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan Mushaf UNISSA kepada YBhg. Datuk.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07