FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Aplikasi Budaya Kerja Bersistematik, 'Up To Date'


 


 March 8th, 2023  |  10:10 AM  |   154 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Usaha ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan di sektor kerajaan adalah antara pendekatan yang perlu diambil perhatian bagi membaiki sistem penyampaian dan membasmi sistem birokrasi yang rumit terutama di dalam mana-mana permohonan dan di dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Abdul Aziz bin Haji Hamdan menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023 / 2024, semasa berlangsungnya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat Abdul Aziz, hal tersebut sangat berkait rapat dengan tadbir urus yang baik, cekap dan efektif.

 

“Perkara ini berkait rapat dengan sasaran belanjawan melalui mendukung pemulihan negara yang inklusif dan berdaya tahan.

 

“Dalam hal ini, usaha-usaha bagi memperkemaskan operasi pentadbiran awam merupakan antara strategi ke arah mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan mengaplikasikan budaya kerja yang bersistematik dan 'up to date'. Penggunaan teknologi maklumat dan digital banyak mempengaruhi cara kerja yang lebih cepat dan 'cost effective'," ujar Yang Berhormat.

 

Terdahulu, Yang Berhormat juga menyeru agar langkah-langkah penghematan (saving) dan memperketatkan perbelanjaan negara perlu menjadi keutamaan.

 

Segala pengeluaran atau perbelanjaan negara, jelas Yang Berhormat, harus dipantau dengan saksama agar tidak menghadapi defisit yang tinggi dan berterusan.

 

Merujuk dengan hala tuju negara menjadi sebuah negara lestari yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim, selaras dengan komitmen negara ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang tahun 2050 seperti yang dinyatakan dalam belanjawan, Yang Berhormat menyentuh soal perancangan kemajuan yang berkesan dan berdaya maju bagi Daerah Tutong.

 

Yang Berhormat menjelaskan bahawa Projek Lestari Pekan Tutong adalah konsep pembangunan yang pernah dicadangkan sebagai panduan (direction) ke arah pembangunan yang mampan, memberi kebaikan dari segi ekonomi, alam sekitar, sosial, kebudayaan dan pelancongan.

 

Antara inisiatif-inisiatif kemajuan ujar Yang Berhormat lagi ialah memperkenalkan kawasan hijau dan bersih di Pekan Tutong, mengurangkan kepadatan kenderaan dengan menyediakan ruang pejalan kaki dan basikal.

 

Seterusnya, memelihara dan pemeliharaan warisan sejarah dan produk kebudayaan yang terdapat di Pekan Tutong dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui ke arah mesra alam sekitar serta strategi bagi pengurangan kesan rumah hijau.

 

“Mekanisme ke arah melaksanakan konsep ini memerlukan beberapa komponen penting sebagai Indikator Projek Lestari dalam membantu pembuat polisi atau dasar serta hala tuju dalam membuat perancangan dan tindakan dengan mewujudkan zon-zon pelaksanaan kawasan iaitu zon bersih, zon hijau dan zon selamat.

 

“Sebagai permulaan projek ini telah pun dilaksanakan bermula tahun 2020 dengan inisiatif kawasan zon bersih secara Whole of Nation Approach dan pada tahun 2022, Pekan Tutong telah dianugerahkan sebagai ASEAN Clean Tourist City Award," jelas Yang Berhormat.

 

Sebagai wakil membawa harapan dan inspirasi rakyat dan penduduk Daerah Tutong, Yang Berhormat berharap agar projek kemajuan tersebut dapat dijadikan sukat-sukat dan pemikiran ke arah memacu kemajuan Pekan Tutong yang ketika ini bergerak perlahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08