FacebookInstagramTwitterContact

 

Brown Rice Is A Nutrient-Dense Food That Can Lower Cholesterol Levels And Prevent The Formation Of Blood Clots           >>           Ginger And Rosemary Oil Found To Lower Cholesterol Levels           >>           New Research Finds That Higher Levels Of Vitamin D Are Linked To Better Exercise Capacity           >>           Camille Kostek And Rob Gronkowski Privately Broke Up And Got Back Together           >>           Sophie Turner And Joe Jonas' Youngest Daughter's Name Revealed           >>           World’s Smallest Fish Finger Sandwich Weighs The Same As A Single Pea           >>           Shell Suit Fashion: Pet Owner Knits Colourful Cosies For Tortoise Friends           >>           How NASA's Ingenuity Helicopter Opened The Mars Skies To Exploration           >>           Apple brings eye-tracking to recent iPhones and iPads           >>           Real Sociedad's Biggest Error: Letting Sørloth Join Villarreal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Inisiatif Tangani Isu Inflasi, Kenaikan Harga Barang


 


 March 8th, 2023  |  10:12 AM  |   512 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pihak kerajaan diharap dapat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas bagi meringankan beban ahli keluarga di negara ini.

 

Harapan tersebut disuarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dalam ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (2023) Perbekalan, 2023 / 2024, semasa berlangsungnya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat antara isu yang diberi tumpuan dalam tempoh jangka sederhana dan panjang adalah berkaitan pergantungan kepada import, kos kepada import pengeluar makanan, isu buruh asing, subsidi, pengangkutan, logistik, teknologi, pertanian dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

 

Selain itu, Yang Berhormat juga mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah untuk memperketatkan penguatkuasaan ke atas akta-akta yang berkaitan bagi memastikan peniaga-peniaga sentiasa menjalankan perniagaan secara beretika serta tidak mengambil keuntungan yang berlebihan sehingga mengakibatkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

 

Sementara itu, di dalam usaha menstabilkan perbelanjaan negara, Yang Berhormat menjelaskan bahawa keputusan bagi menunda apa jua projek-projek mega yang memerlukan dana yang besar adalah cukup mencabar.

 

Peluang pekerjaan ujar Yang Berhormat, boleh dicipta melalui pengagihan projek-projek kerajaan yang berskala kecil sama ada di kawasan bandar mahupun kawasan kampung.

 

“Antara langkah kerajaan ketika ini menswastakan beberapa projek seperti kerja-kerja baik pulih, pemeliharaan infrastruktur dan lain-lainnya di bawah kaedah penswastaan adalah merupakan antara usaha bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dengan tidak secara langsung dapat merancakkan aktiviti dikalangan peniaga Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan sekali gus membuka peluang-peluang pekerjaan," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat dalam pada itu menyarankan agar pemilihan syarikat-syarikat melalui tender-tender kerajaan perlu memberi prioriti kepada syarikat-syarikat yang mengaji pekerja-pekerja terdiri daripada anak tempatan.

 

“Penyertaan organisasi akar umbi, Majlis-majlis Perundingan Kampung (MPK) melalui aktiviti perekonomian telah pun menubuhkan syarikat-syarikat perniagaan yang sah beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan seperti memotong rumput.

 

“Syarikat-syarikat ini digerakkan sendiri oleh penduduk-penduduk kampung secara berkumpulan dan dipantau oleh Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) berkenaan di mana langkah tersebut adalah satu perkembangan yang patut dibanggakan dan sewajarnya diberi sokong padu oleh semua pihak.

 

“Projek-projek atau kerja-kerja domestik yang biasanya didominasi oleh buruh warga asing akan dapat diambil alih oleh anak-anak tempatan sepenuhnya satu masa nanti, InsyaaAllah," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Jailed Thai Activist, 28, Dies After Hunger Strike

 2024-05-15 03:24:38

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34