FacebookInstagramTwitterContact

 

Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>           Tottenham Have 'So Much Room For Improvement' - Son Heung-Min           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keperluan Penilaian Terhadap Keberkesanan, Kecekapan Penggunaan Peruntukan Kewangan


 


 March 8th, 2023  |  10:48 AM  |   80 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam semasa membahaskan mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 / 2024 menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang berkenaan seperti yang telah dibentangkan dengan jelas dan terperinci oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Menurut Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah, untuk meraih keberkatan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini dan mendapatkan rezeki yang berkat untuk negara kita menerusi pertumbuhan ekonomi yang dihasratkan itu, semua pihak di sektor awam dan swasta hendaklah terus berpegang kepada ajaran-ajaran agama Islam dalam melaksanakan semua tadbir urus negara sesuai dengan falsafah negara Melayu Islam Beraja dan juga hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir dan 'Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur' iaitu negara yang aman makmur dan Tuhan yang Maha Pengampun.

 

Semasa perbahasan pada hari keempat Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat juga merujuk keterangan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai defisit belanjawan negara yang dijangkakan berjumlah BND2.9 bilion.

 

“Di dalam situasi ini kaola pasti semua kementerian sudah semestinya mengambil pendekatan secara berhemah dalam melakukan perbelanjaan dan untuk tidak melakukan sebarang pembaziran dalam perbelanjaan.

 

“Oleh itu, kaola berpandangan juga untuk memastikan peruntukan yang ada digunapakai dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua sektor dan semua kementerian sepertimana yang dirancang berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan.

 

“Jadi kaola merasakan perlu ada dibuat penilaian terhadap keberkesanan dan kecekapan penggunaan peruntukan kewangan yang diberikan itu menerusi penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam penentuan KPI 'on financial effectiveness' dan 'efficiency' untuk keseluruhan perbelanjaan kementerian-kementerian berkenaan secara umum.

 

“Dengan ini kita dapat memastikan bahawa peruntukan-peruntukan yang telah diberikan itu adalah mengikut perancangan yang sepatutnya," ujar Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah.

 

Menyentuh mengenai beberapa program jati diri dan program-program yang seumpamanya untuk mempersiapkan anak-anak tempatan dengan pengalaman-pengalaman kerja, kedayatahanan integriti dan disiplin, Yang Berhormat melihat perancangan terhadap program ini adalah sangat signifikan dalam kita mempersiapkan anak-anak tempatan 'kitani' untuk menceburi alam pekerjaan setelah mereka mengikuti pendidikan ataupun menjalani pendidikan di peringkat yang tinggi.

 

Dalam hubungan itu, Yang Berhormat melahirkan harapan agar program-program seperti ini sebaiknya diterapkan ataupun ditetapkan, dijadikan satu modal secara menyeluruh di pusat-pusat ataupun di institusi-institusi pengajian tinggi agar semua anak-anak tempatan akan mempunyai sikap daya tahan dan sentiasa siap siaga untuk menghadapi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti.

 

Yang Berhormat turut menyambut baik peruntukan biasiswa sebanyak 42.8 juta bagi pengendalian biasiswa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, di mana peruntukan itu adalah bagi pelajar-pelajar cemerlang yang nanti InsyaaAllah akan menerajui negara menjadi pemimpin-pemimpin di masa akan datang.

 

Dalam hal ini, Yang Berhormat menegaskan agar penetapan jurusan pelajar-pelajar ini hendaklah disejajarkan dengan perancangan sumber tenaga manusia dan diselaraskan juga dengan peruntukan perjawatan yang bersesuaian supaya pelaburan kerajaan bagi pelajar-pelajar ini tidak akan merugikan khususnya kerajaan kerana apabila mereka keluar nanti ataupun tamat daripada pengajian, mereka sudah disediakan dengan jawatan-jawatan dan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dan ini adalah untuk mengelak sebarang kerugian kepada kerajaan dan mengelak peningkatan kadar pengangguran di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08