Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pertahanan, ABDB Anjurkan Majlis Malam Nisfu Syaaban
March 8th, 2023 | 10:56 AM | 93 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) malam tadi mengadakan Majlis Malam Nisfu Syaaban 1444 Hijrah secara serentak di seluruh surau Kementerian Pertahanan dan ABDB dengan tumpuan utama di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.
Hadir di majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir adalah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan; peringkat kepimpinan, pegawai-pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaa Siin sebanyak tiga kali beramai-ramai.
Kemudian, majlis diikuti dengan Doa Khas Malam Nisfu Syaaban dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Antara tujuan majlis diadakan ialah untuk menggalakkan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB meningkatkan amal soleh mereka, memohon keampunan dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala pada Malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi umat Islam seluruhnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]