FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Sepadu Mencapai Wawasan Brunei 2035


 


 March 8th, 2023  |  11:06 AM  |   73 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Wawasan Brunei 2035 merupakan satu agenda nasional yang penting dan pasti akan tercapai.

 

Terdapat tiga matlamat di bawah Wawasan Brunei 2035 iaitu Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, yang mana kekal diukur menggunakan Program for International School Student Assessment (PISA); kualiti kehidupan rakyat yang tinggi, menggunakan Indeks Pembangunan Manusia (HDI); dan bagi ekonomi, kekal menggunakan KDNK per kapita ataupun GDP per capita sebagai ukuran.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari keempat yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew Key Performance Index (KPI) yang telah ditetapkan sebelum ani perlu di'review' dari semasa ke semasa bagi melihat kesesuaiannya untuk diteruskan jika hendak mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

"Jadi KPI pada masa ini ada 32. Pada masa ini untuk membuat perancangan bagi 12 tahun yang akan datang, Pejabat Wawasan Brunei pada masa ini me'review' mungkin akan ditambah lagi hingga 56 KPI.

 

"Apa sebab diubah ataupun ditambah KPI ini kerana kitani melihat kedudukan kitani. Ada sebahagian KPI perlu diubah, umpamanya mengenai dengan ekonomi satu KPI sebelum ini ialah mengenai nilai pengeluaran bukan minyak dan gas.

 

"Jadi nampaknya dalam usaha kitani dalam beberapa tahun ini nampak kira jumlah ini sudah meningkat. Jadi kitani mungkin akan mengubah 'target'nya lagi supaya ia lebih relevan bagi masa yang 12 tahun akan datang ini," ujar Yang Berhormat.

 

Tambah Yang Berhormat, satu lagi indeks untuk mengukur 'diversification strategy' bagi penggunaan KPI yang lebih relevan akan perkenalkan, bagi mengukur sama ada ekonomi di negara ini cukup kepelbagaian atau tidak.

 

"Beberapa perancangan dibuat di bawah matlamat-matlamat yang lain. Itulah sebabnya kitani mengubah KPInya tapi bukan kitani kan 'moving our goalpost'," tegas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menekankan keyakinan kita untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 itu tertakluk kepada semua pihak dalam masyarakat sama ada pihak kerajaan mahupun swasta.

 

"Kitani mesti bekerjasama, jadi untuk kitani sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035, kitani mesti melibatkan juga pihak swasta, pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting.

 

"Pejabat Wawasan Brunei juga sentiasa mengongsikan kedudukan pencapaian Wawasan Brunei 2035 dengan orang ramai. Sejak tahun 2016 sehingga sekarang sudah melibatkan lebih kurang 16,500 peserta.

 

"Usaha ini memang akan diteruskan agar orang ramai dapat mengikuti pencapaian dan sebagainya melalui 'website' wawasan ada juga Pejabat Wawasan Brunei mengongsikan di Radio Televisyen Brunei (RTB) dan sebagainya," kata Yang Berhormat.

 

Usaha ini, tambah Yang Berhormat, akan diteruskan untuk mengongsikan dengan lebih jelas kepada orang ramai supaya mereka lebih faham peranan masing-masing untuk sama-sama bekerjasama mencapai Wawasan Brunei 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30