FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Pembangunan Modal Insan Diperkukuhkan


 


 March 8th, 2023  |  11:08 AM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya akan terus melaksanakan program-program pembangunan kapasiti termasuk 27 Program Penempatan Kerja yang baharu yang dikenali sebagai Program Perkembangan Perkhidmatan Awam ke Republik Singapura yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam yang berprestasi cemerlang untuk ditempatkan di agensi kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan di Republik Singapura dalam tempoh tertentu mengikut bidang-bidang yang bersesuaian selaras dengan keperluan dan strategi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Program Perkembangan Perkhidmatan Awam bagi Pegawai-pegawai Kerajaan NBD ini adalah hasil daripada ketetapan Young 28 Leaders' Programme (YLP) Ke-8 yang telah diadakan pada 3 - 5 Ogos 2022 di Republik Singapura, dan diperkukuhkan lagi melalui penandatanganan Memorandum of Understanding (MoU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada 24 Ogos tahun lepas di Republik Singapura.

 

Perkara tersebut terkandung dalam Keutamaan Ketiga, iaitu Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif yang disampaikan oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari keempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, kerjasama ini diharap akan dapat mendatangkan manfaat dari segi pertukaran idea; pembelajaran dari pengalaman (experiential learning) dan amalan-amalan terbaik (best practices); peningkatan ilmu pengetahuan; pembinaan jaringan kerjasama (networking); dan setentunya untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara NBD dan Republik Singapura yang sudah lama terjalin.

 

Pada masa ini Jelas Yang Berhormat, JPM juga sedang mengemas kini Rangka Kerja Perkhidmatan Awam (RKPA), yang akan terus menumpukan kepada pengukuhan perkhidmatan awam dari aspek pembangunan kapasiti, kecemerlangan organisasi dan persekitaran 'pro-business'.

 

Di antara program pembangunan kapasiti yang diungkayahkan ialah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) dan program-program pembangunan kepimpinan seperti Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO); Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO); dan Program Eksekutif Muda (YEP).

 

 

Program-program ini, selain membanyakkan lagi 'talent pool', ia juga bertujuan untuk mempersiapkan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam menjawat jawatan-jawatan di peringkat kepimpinan.

 

Ke arah mengukuhkan keberkesanan dan meningkatkan produktiviti, pembangunan kompetensi warga Perkhidmatan Awam turut diberikan keutamaan iaitu melalui Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (Public Service Capability Development Framework - PSCDF) yang sedang disediakan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

 

Rangka kerja ini adalah bertujuan sebagai panduan yang menggariskan kompetensi-kompetensi teras bagi setiap peringkat peranan Perkhidmatan Awam untuk mengukur keupayaan atau kebolehan mereka.

 

Institut Perkhidmatan Awam akan secara berterusan menyediakan program pembangunan modal insan bagi pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam agar dapat menyokong dan melaksanakan strategi, inisiatif dan program-program kementerian dan jabatan bagi menghasilkan pemberian perkhidmatan yang cemerlang.

 

Sementara itu kursus-kursus 'upskilling' dan 'reskilling' bagi para pencari kerja di bawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dan JobCentre Brunei akan terus dilaksanakan dengan kerjasama dengan institusi-institusi pendidikan di negara ini bagi menyediakan tenaga kerja yang 'marketable' bagi pasaran kerja terutama di syarikat-syarikat swasta. Semua ini dilaksanakan bagi mendukung Pembangunan Modal Insan yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif.

 

Sementara itu, Inisiatif berterusan juga giat dilaksanakan dalam memperluaskan lagi peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan khususnya di syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas melalui penguatkuasaan Arahan Bruneianisation atau Bruneianisation Directive.

 

Tambah Yang Berhormat, berkaitan dengan pembangunan modal insan adalah pembarigaan Warisan Ilmu Islam yang diusahakan oleh Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Balai ini, telah dibuka semula pada 12 Disember tahun lepas adalah bagi mencapai niat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebuah 'knowledge hub' yang unggul melalui penceritaan artifak-artifak yang berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam sebagai pembelajaran kepada orang ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30