FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Surat Layang : Aduan Rasmi Diambil Perhatian Serius


 


 March 8th, 2023  |  11:12 AM  |   118 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Surat Layang, ini boleh juga dianggap salah satu jenis aduan yang rasmi yang akan diambil perhatian serius dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh agensi tertentu di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menjelaskan perkara tersebut mengenai isu Surat Layang yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada hari keempat Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz telah menimbulkan soalan mengenai Surat Layang yang sah, yang pada dasarnya tidak menyatakan dengan jelas butiran nama dan alamat daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

 

Dalam penyataan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, jika didapati hasutan mengenai penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang akan ditangani Jabatan Perkhidmatan Pengurusan di JPM dan jabatan tersebut akan menyiasat mengenai kandungan surat tersebut bersama agensi yang berkaitan bagi penambahbaikan dan melancarkan jentera jabatan kerajaan.

 

Dalam erti kata lain, jelas Yang Berhormat barang kali orang ini sudah ketandusan pendekatan, maka tindakan yang akhir mengadu dengan Surat Layang.

 

Surat Layang ini juga diperakui oleh Yang Berhormat sebagai satu sumber maklumat kepada pihak agensi-agensi penguatkuasaan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Biro Kawalan Narkotik dan Biro Mencegah Rasuah bagi 'hotspot' seperti waktu COVID-19 khususnya dan memang ada laporan-laporan diterima daripada sumber-sumber tertentu mengenai kegiatan-kegiatan penyeludupan dan juga penyalahgunaan dadah serta pecah amanah.

 

“Namun demikian, pihak JPM ingin menitikberatkan maklumat dan juga akauntabiliti Si Pelapor dan juga kandungan surat tersebut. Ia tidak terus diterima secara mendadak malahan melalui proses-proses penyelidikan dari pelbagai agensi," tambah Yang Berhormat

 

Jika Surat Layang ini hanya bermotifkan negatif atau berniat jahat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung agar ia tidak terus berleluasa di kalangan masyarakat 'kitani'?, antara soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz.

 

Dalam menjawab soalan tersebut, Yang Behormat telah menerangkan bahawa jika Surat Layang yang berunsur negatif atau berniat jahat ataupun fitnah untuk menjatuhkan seseorang, perkara ini boleh terus dilaporkan kepada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei berdasarkan beberapa perkara dalam Akta Perundangan Undang-Undang dengan melihat kepada Chapter 24 Sedition Act ataupun Chapter 25 Undesirable Publication Act, Chapter 180 Broadcasting Act dan Chapter 192 Defamation Act.

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II juga menyentuh bahawa penyebaran berita palsu seperti Surat Layang boleh membawa maksud fitnah dan boleh menjatuhkan maruah seseorang, menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta, kehilangan nyawa iaitu fitnah dan tindakan tidak bertanggunjawab ini wajiblah dihindari dan malah jika didapati bersalah akan diadili atau dijatuh hukuman yang selayaknya.

 

Bagi menutup kenyataan, Yang Berhormat berharap agar ia tidak akan dijadikan sebagai satu budaya yang negatif dan akan berhenti sebaiknya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30