FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hasil Pendapatan Sektor Hiliran Capai Sasaran Lebih Awal


 


 March 8th, 2023  |  11:14 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyusun pelan strategik dengan matlamat utama untuk mengekalkan huluran minyak dan gas pada tahap masa ini iaitu sebanding dengan kira-kira 300,000 tong sehari dalam jangka sederhana dan akan meningkat ke tahap kira-kira 350,000 tong sehari dalam jangka masa panjang.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof memberitahu perkara tersebut bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari keempat yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

"Manakala di Sektor Hiliran Minyak dan Gas, Energy White Paper juga menggariskan pelan strategik bagi mengembangkan sektor hiliran dengan sasaran hasil pendapatan jualan produk menjelang tahun 2035 ialah BND5 bilion setahun dan alhamdulillah sejak beroperasi Loji Penapis Minyak dan Petrokimia Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad pada tahun 2019 dan Loji Urea Syarikat Brunei Fertilizers Industries pada tahun lepas hasil pendapatan sektor hiliran telah mencapai sasaran lebih awal daripada yang dirancang," ujar Yang Berhormat.

 

Mengenai soalan yang berkaitan dengan Energy security pula, ujar Yang Berhormat, cadangan mengintegrasikan tenaga yang dapat diperbaharui dalam sistem tenaga kebangsaan dan menggalakkan penjimatan tenaga untuk meningkatkan 'energy security' sememangnya telah menjadi pelan strategik di Jabatan Tenaga di JPM.

 

"Ke arah usaha ini Jabatan Tenaga di JPM telah menyasarkan peningkatan dalam penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui kepada sekurang-kurangnya 200 Megawatt pada tahun 2025 dan 300 Megawatt menjelang tahun 2035. Keutamaan juga diberikan kepada penggunaan tenaga yang lebih efisien dalam kalangan orang ramai melalui inisiatif-inisiatif kecekapan dan penjimatan.

 

"Antara inisiatif penjimatan tenaga termasuklah pengendalian Energy Efficiency (standard and labelling) act yang akan dilancarkan sedikit masa lagi untuk mengawal pengimportan alat pendingin hawa yang hanya cekap tenaga," kata Yang Berhormat.

Dalam jangka masa panjang pula, jelas Yang Berhormat, usaha-usaha lain seperti meninjau potensi pengeluaran sumber bekalan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable) yang lain seperti hidrogen sedang dikaji.

 

Manakala dengan strategik stok, kata Yang Berhormat, dengan dasar-dasar yang sedia ada dan pemantauan yang berterusan serta kerjasama yang padu daripada semua pihak setakat ini negara sentiasa berjaya memenuhi bekalan bahan api pada setiap masa.

 

"Dengan adanya projek-projek Penapis Minyak dan Petrokimia di Pulau Muara Besar yang mula beroperasi pada bulan November 2019, kemampuan negara menjadi mandiri atau 'self-efficient' dalam membekalkan keperluan domestik negara bagi bahan api iaitu produk-produk petroleum malah semakin meningkat bukan sebaliknya.

 

"Dasar utama kerajaan ialah untuk memastikan tahap stok minimum bahan api pengangkutan pada setiap masa dan mempunyai pelan kontingensi termasuk pengimportan jika ada keperluan. Di samping itu pihak kerajaan mempunyai hak sepenuhnya untuk memastikan keutamaan sentiasa diberikan kepada bekalan tempatan," kata Yang Berhormat.

 

Perkara ini juga, terang Yang Berhormat, dimeterai dalam bentuk perjanjian di antara kerajaan dan Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad.

 

Jelas Yang Berhormat, pelaksanaan dasar-dasar ini akan sentiasa dipantau pada setiap masa untuk memastikan bahawa pembekalan bahan api untuk memenuhi keperluan orang ramai adalah terjamin dan melambangkan 'energy security' yang kukuh bagi Negara Brunei Darussalam.

 

"Mengenai rancangan pengendalian prasarana atau aset-aset sektor huluran yang sudah menjangkau jangka hayat merupakan salah satu keutamaan Jabatan Tenaga. Antara persediaan pihak kerajaan dalam perkara ini adalah dengan menubuhkan dana Decommissioning dan Restoration DNR. Dana ini merupakan sumbangan daripada para pengendali yang sedia ada.

 

"Tujuan dana ini diadakan adalah bagi memastikan komitmen DNR yang diperlukan pada kemudian hari dapat ditangani dengan berkesan dengan adanya sumber kewangan yang mencukupi tanpa bergantung pada peruntukan kerajaan. Keluaran sampingan daripada kegiatan DNR juga dapat dimaksimumkan di dalam negeri dan sekali gus boleh memberikan khidmat di rantau ini masa depan memandangkan negara-negara jiran juga akan mempunyai keperluan yang sama," kata Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30