FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Anak Tempatan Lebih ‘Adaptable’


 


 March 8th, 2023  |  11:15 AM  |   98 views

BERAKAS

 

Usaha mengadakan program-program termasuk 'upskilling' dan 'reskilling' diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran anak-anak tempatan untuk mengambil alih jawatan suatu hari nanti

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah berkata, kira-kira terdapat 67 ribu individu dalam dan luar negeri dan dibandingkan dengan jumlah pengangguran sebanyak 11 ribu, namun tidak semestinya jawatan itu dapat diisi oleh anak-anak tempatan pada masa ini.

 

"Tetapi ada juga sebahagian kerja itu mungkin kita juga tidak menggalakkan anak-anak tempatan untuk mengambil alih seperti 'labour shop' yang rendah sekali. Itulah kita mahu anak-anak tempatan kita mudah-mudahan maju memegang jawatan yang 'sophisticated high level' sikit," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari keempat yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Bagi mengatasi permintaan pekerjaan di masa hadapan, jelas Yang Berhormat, apa yang penting dalam persediaan, kita perlu memastikan kita menyediakan latihan untuk anak-anak tempatan supaya mereka lebih 'adaptable' dan fleksibel antaranya dengan memfokuskan kepada program Science Technology Engineering and Maths (STEM).

 

"Itulah yang kira 'foundation' bagi menyediakan mereka punya 'future work force' supaya masa hadapan mereka ini 'more adaptable' dan sebagainya.

 

"Itu memang kita sentiasa 'make sure' masa panjang pekerja kita bersedia tapi 'in immediate future' untuk menyediakan pekerjaan untuk anak-anak tempatan ini kita MPEC bekerjasama bersama beberapa bahagian termasuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi dari segi apa sebenarnya FDI yang mungkin akan datang ke negeri ini.

 

"Jadi, supaya kita dapat merancangkan 'education programme' dan sebagainya untuk 'prepare our work force' sekiranya FDI ini datang nanti 'we are ready' bukannya sudah di orang datang baru kitani belajar mengadakan kursus dan sebagainya. Kitani 'prepare' awal ini memang sentiasa dirunding bersama," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30