FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


I-Ready Beri Peluang Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan


 


 March 8th, 2023  |  11:19 AM  |   176 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Perantisan i-Ready yang ditanggung oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberikan peluang kepada para graduan untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman bekerja di sektor swasta.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah berkata, sebelum program berkenaan dilancarkan, sering didengar dari para majikan bahawa mereka tidak akan mengambil para graduan untuk bekerja kerana belum mempunyai pengalaman.

 

"Jadi mudah-mudahan lepas mereka habis i-Ready, sama ada mereka terus bekerja dengan majikannya ataupun mereka akan bekerja di tempat lain, itu tertakluk pada kedua-dua pihak majikan dan pekerja sendiri," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berkata demikian bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari keempat yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Apa yang penting, ujar Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew, para graduan mendapatkan pengalaman pekerjaan yang mana selaras dengan tujuan i-Ready.

 

Menurut Yang Berhormat, salah satu syarat bagi majikan untuk mengambil pekerja yang mengikuti program tersebut ialah keperluan memadankan elaun i-Ready berkenaan.

 

"Kalau elaun (berjumlah) BND800 maksudnya, kalau mereka mengambil, 'starting' gajinya mesti BND800 ke atas. Dari segi sama ada diberikan elaun lagi atau tidak, tertakluk kepada majikan sendiri dari segi kemampuan majikan dan sebagainya dan sebab itulah yang tidak dapat bagi kaola memaksa majikan sebab majikan mesti memikirkan juga 'busines performance' masing-masing dan kemampuannya.

"Cadangan untuk memanjangkan lagi tempoh i-Ready ini terutama kepada 'start-up', perlu kitani meneliti lagi bagaimana untuk 'classify' syarikat 'start-up' dan bukan 'start-up' yang mana dapat dibuat satu kajian dulu," ujar Yang Berhormat.

 

Jika pelatih i-Ready diambil oleh majikan sebagai pekerja tetap, ujar Yang Berhormat, pihak majikan diharap untuk memikirkan sama ada latihan itu diteruskan sekiranya terdapat keperluan atau pun tidak.

 

Tambah Yang Berhormat, tanggungjawab pihak kerajaan memang menggalakkan lagi para majikan untuk membangunkan sumber tenaga manusia di negara ini.

 

Namun, ujar Yang Berhormat, kita perlu melihat juga prestasi (performance) dan keperluan syarikat-syarikat tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30