Home > Bahasa Melayu
Graduan Disaran Sertai Program ‘Upskilling, Reskilling’
March 8th, 2023 | 11:20 AM | 166 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para graduan yang sedang menunggu untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian disarankan untuk mengikuti kursus-kursus termasuk bagi program 'upskilling and reskilling'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara tersebut bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari keempat yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Bagi mengatasi isu gaji pula, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II memberitahu, Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) telah menjalankan kerjasama dengan beberapa 'industry players' untuk me'review' dan membuat kaji selidik mengenai gaji di sektor swasta.
Tambah Yang Berhormat, panduan mengenai gaji tersebut telah dilancarkan baru-baru bagi memberi panduan kepada para majikan di sektor swasta.
"Ini satu langkah permulaan, belum lagi kitani benar-benar menguatkuasakannya, ini satu guidelines sahaja tertakluk kepada majikan.
"Ini satu petunjuk kepada mereka untuk menetapkan gaji kepada pekerja-pekerja masing-masing dalam beberapa sektor pada masa ini.
"Mudah-mudahan dengan 'salary guidelines' ini, kitani dapat 'establish' satu level yang pekerja ini mungkin lebih lama bertahan bekerja, tidak macam ada yang selalu kitani dengar, selepas bekerja beberapa minggu ataupun beberapa bulan terus minta tukar atau berhenti, tukar lagi kerja ke majikan lain dan sebagainya. 'Kitani' di MPEC akan sentiasa memonitor," jelas Yang Berhormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]