FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sektor Tenaga Berperanan Penting Tingkatkan Ekonomi Negara


 


 March 8th, 2023  |  11:23 AM  |   187 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Secara keseluruhannya, sektor tenaga terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara di mana sektor tenaga telah menyumbang lebih kurang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK negara, dan menyumbang sebanyak kira-kira 22,000 pekerjaan.

 

Perkara tersebut terkandung dalam Keutamaan Kedua, iaitu Mendukung Pemulihan Negara yang Inklusif dan Berdaya Tahan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari keempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, di sektor huluan minyak dan gas, Jabatan Tenaga di JPM telah menyusun pelan strategik dengan matlamat utama untuk mengekalkan pengeluaran minyak dan gas di tahap masa ini iaitu sebanding dengan kira-kira 300 ribu tong sehari dalam jangka sederhana dan akan meningkatkan ke tahap kira-kira 350 ribu tong sehari dalam jangka masa panjang.

 

Peningkatan ini jelasnya bukan saja memerlukan pembangunan sumber-sumber di lautan dalam, tetapi juga memerlukan peningkatan aktiviti-aktiviti eksplorasi.

 

Untuk merealisasikan matlamat ini tegas Yang Berhormat, sektor huluan minyak dan gas dijangka akan membelanjakan hampir BND 20 bilion dalam masa lima tahun akan datang untuk membiayai program pembangunan dan pengoperasian. Ini merupakan peningkatan lebih kurang sebanyak 15 peratus berbanding dengan lima tahun yang lepas.

 

Sementara itu usaha negara untuk memaksimakan hasil dari sumber minyak dan gas tambah Yang Berhormat, kita juga bekerjasama dengan negara-negara OPEC+ 20 untuk menstabilkan pasaran minyak yang setentunya akan menguntungkan pihak pengeluar dan pengguna dalam jangka masa panjang.

 

Manakala di sektor hiliran minyak dan gas, Jabatan Tenaga di JPM akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dalam mendukung pertumbuhan sektor hiliran dengan memaksimakan dan mengukuhkan rantaian nilai sektor hiliran dengan mengembangkan projek-projek berunsur hiliran 'derivatif' yang mengguna pakai produk petrokimia sebagai 'feedstock'.

 

 Kegiatan hiliran di Pulau Muara Besar (PMB) yang lebih berasaskan industri hiliran 'oil-based' akan berkembang pesat apabila Fasa Kedua PMB yang kini sedang di peringkat perancangan memerlukan pelaburan lebih kurang USD9 bilion dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2027/2028.

 

Kerja-kerja Penggalian dan Penambakan (Dredging and 22 Reclamation) untuk menambah kawasan di PMB sedang giat dijalankan dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini.

 

Fasa Kedua projek PMB akan beralih tumpuan daripada produk-produk pengangkutan bahan api kepada produk-produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

 

Fasa Pertama mengeluarkan tujuh jenis produk, manakala Fasa Kedua dijangka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 produk petrokimia dan kimia baharu yang mana akan menambah lagi peluang pengeluaran produk-produk baru, dan pada masa yang sama menjana peluang-peluang pekerjaan bagi pencari pekerjaan dari kalangan anak-anak tempatan.

 

Turut disentuh ialah Taman Perindustrian Sungai Liang atau (SPARK) yang lebih berasaskan industri hiliran 'gas-based' yang pada masa ini mempunyai Brunei Methanol Company dan Brunei Fertilizer Industries (BFI).

 

BFI mempunyai potensi yang tinggi untuk aktiviti hiliran lanjutan di mana lima loji produk sudah dikenal pasti, dan beberapa pelabur yang berpotensi telah melahirkan hasrat untuk meneroka pelaburan bagi peluang ini.

 

Di sektor pembekalan tenaga elektrik dan bahan api pengangkutan, Yang Berhormat menyatakan keutamaan adalah untuk memenuhi keperluan negara bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini, dan seterusnya memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi negara dijangka akan berkembang dengan pesat.

 

Dalam memastikan bekalan tenaga negara adalah lestari dan rendah karbon pula, Jabatan Tenaga di JPM terus memberi fokus terhadap usaha-usaha peralihan tenaga termasuk penggunaan tenaga solar negara di skala yang besar dengan meningkatkan pemasangan tenaga solar sebanyak 200 Megawatt menjelang tahun 2025 melalui strategi-strategi perlaksanaan 'SURIA-200', dengan penglibatan awam-swasta dan Industri Intensif Tenaga.

 

Di dalam jangka masa panjang, kita juga akan meneroka pengeluaran sumber bekalan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable) yang lain seperti hidrogen, serta teknologi penangkapan karbon seperti Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS).

 

Pada mesyuarat tersebut Yang Berhormat turut mengongsikan mengenai Penubuhan ASEAN Centre for Climate Change (ACCC) atau Pusat Perubahan Iklim ASEAN yang mana Penubuhan ACCC ini akan membolehkan negara sebagai satu hab ilmu serantau dan penyelidikan perubahan iklim.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30