FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mutu Perkhidmatan Awam Terus Dipertingkatkan


 


 March 8th, 2023  |  11:26 AM  |   175 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di bawahnya akan terus bertindak merangka strategi untuk memelihara kestabilan politik, mempertahankan kedaulatan negara serta  menghubungkan keupayaan pertahanan dan keupayaan diplomatik dan juga persediaan negara dalam menangani ancaman keselamatan.

 

Agensi-agensi keselamatan negara akan sentiasa bekerjasama melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation, iaitu dengan bekerjasama dengan orang awam dalam sama-sama menjaga kesejahteraan, keselamatan, dan keamanan Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, menyatakan mengenai keutamaan pertama iaitu Memelihara Kesejahteraan Awam yang merupakan salah satu dari tiga keutamaan semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari keempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Jelas Yang Berhormat, JPM akan terus meningkatkan dan memperbaiki mutu Perkhidmatan Awam demi mengekalkan dan meningkatkan keselamatan awam dan pematuhan kepada kedaulatan undang-undang.

 

“Salah satu inisiatif untuk memastikan operasi yang lebih lancar dan peningkatan keberadaan agensi-agensi tersebut di seluruh negara adalah melalui inisiatif penyewaan kenderaan dan motosikal di bawah projek Perancangan Perolehan Aset Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri," jelas Yang berhormat

 

Dalam pada itu tambahnya, JPM juga akan mentauliahkan sistem pemantauan National Coastal Surveillance System (NCSS) pada tahun ini yang mana ia akan mengukuhkan lagi keupayaan atau 'capability' agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di NBD untuk menumpaskan kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan perairan dan maritim negara.

 

Dari segi perundangan pula, Yang Berhormat menerangkan bahawa mahkamah-mahkamah telah mengambil inisiatif melalui Jabatan Kehakiman Negara dengan menggunakan kaedah teknologi untuk memastikan pemprosesan kes-kes akan sentiasa berjalan sepertimana yang dialami semasa pandemik COVID-19 selain akan mengambil inisiatif berterusan untuk menggunakan teknologi bagi mempercepatkan dan meningkatkan keberkesanan dalam menyelesaikan kes-kes, di samping Pejabat Peguam Negara juga tidak ketinggalan untuk menanai kaedah teknologi agar orang ramai mendapat akses ke perundangan dan keadilan.

 

Turut disentuh ialah mengenai kesejahteraan orang ramai agar terus dipelihara melalui penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia yang dipantau melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 

Di antara inisiatif yang diterajui ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan adalah melalui program Anugerah Inovasi Perdana (AIP) yang merupakan pengiktirafan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang berjaya melaksanakan pendekatan-pendekatan baharu dan berinovasi dalam penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dengan memperbaiki dan memperkemaskan aliran kerja supaya lebih relevan dan cekap.

 

Sementara itu, JPM melalui Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan, sama-sama memainkan peranan sebagai agensi media rasmi kerajaan dalam pembarigaan maklumat-maklumat yang cepat, sahih dan tepat bagi mendukung dasar-dasar dan strategi negara dalam memberikan kefahaman kepada orang ramai dan seterusnya bagi orang ramai untuk sentiasa menghormati dasar mahupun peraturan negara, menyumbang kepada pembangunan, dan memartabatkan undang-undang negara.

 

Manakala usaha ke arah mencapai sasaran meningkatkan dan memperkukuhkan kesejahteraan orang awam sepertimana digariskan dalam Matlamat Kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu Kualiti Hidup yang Tinggi atau High Quality of Life, juga sedang giat dilaksanakan melalui pelaksanaan Social Blueprint.

 

Ia diterajui oleh JPM dan Majlis Kebangsaan Isu-Isu Sosial (MKIS) dengan mendapatkan kerjasama serta 'inputs' daripada pihak-pihak yang berkepentingan, dan akan menjadi bahan rujukan kepada menyatupadukan perancangan dan tindakan pelbagai sektor dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai.

 

Blueprint ini jua akan saling melengkapi atau 'complement' Manpower dan Economic Blueprint supaya apa jua tindakan dilaksanakan melalui ketiga-tiga Blueprints ini nanti akan sentiasa menjurus kepada merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang hanya tinggal lebih kurang 12 tahun sahaja lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30