FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Titikberatkan Keamanan, Kemakmuran Negara


 


 March 8th, 2023  |  11:27 AM  |   172 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Anggaran Perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di bawahnya dirangka dengan memberikan penekanan kepada matlamat dan keutamaan perbelanjaan yang mendukung Tema Belanjawan negara Tahun Kewangan 2023/2024, 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur'.

 

JPM sebagai agensi utama dalam menerajui dan menyelaras pelaksanaan fungsi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, menjunjung sepenuhnya hasrat titah baginda, dalam terus meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam yang akan memangkin pembangunan perekonomian negara yang berdaya tahan, serta menjaga kepentingan, keamanan, dan keharmonian negara yang meliputi rakyat dan penduduk negara ini, selaras jua dengan visi Pelan Strategik JPM, iaitu 'Kepimpinan Dan Urustadbir Yang Cemerlang' dan juga matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Sehubungan itu, JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menyasarkan pelaksanaan Anggaran Perbelanjaannya berasaskan usaha-usaha yang mendukung tiga keutamaan Belanjawan Negara yang telah ditetapkan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan mukadimah mengenai fokus belanjawan JPM bagi Tahun Kewangan 2023/2024 semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari keempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Terdahulu, pada mesyuarat tersebut Yang Berhormat bagi pihak JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas kurnia bagi penyediaan peruntukan sebanyak BND573,189,035.00 (Lima Ratus Tujuh Puluh Tiga Juta, Seratus Lapan Puluh Sembilan Ribu dan Tiga Puluh Lima Ringgit).

 

Pada mesyuarat tersebut Yang Berhormat juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya jua mereka dapat bersidang di dewan yang mulia tersebut dalam suasana syura yang membolehkan percambahan fikiran dan perbincangan secara bersemuka.

 

Jelasnya, selama tiga tahun kebelakangan ini, mereka telah sama-sama menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran dan ketidakpastian semasa melalui waktu pandemik di negara ini.

 

“Setentunya, kejayaan pemulihan kehidupan seharian yang dinikmati tidak akan tercapai tanpa ada nya kurnia nikmat dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala dan berkat daulat dan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menitik beratkan kepentingan pendekatan Whole of Government dan pendekatan senegara atau Whole of Nation Approach," ungkap Yang Berhormat.

 

Dalam perkara ini, jelasnya, JPM sentiasa dan secara berterusan bersiap sedia melaksanakan peranan selaku agensi utama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyampaikan hasrat murni baginda untuk memelihara keamanan dan mempertingkatkan kemakmuran negara dengan cara bersepadu dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta setiap lapisan masyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30