FacebookInstagramTwitterContact

 

Kansas City Chiefs CEO's Wife And Daughter Speak Out Amid Harrison Butker Controversy           >>           'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'           >>           Iran President Helicopter In Hard Landing - State Media           >>           Slovakia PM Attacker 'May Not Have Been Lone Wolf'           >>           Have Trump Prosecutors Made Their Case At Hush-Money Trial?           >>           DR Congo Army Says It Has Thwarted Attempted Coup           >>           Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan           >>           Meeting with Syarikat Rawaf Mina           >>           Village Head Voting and Election           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Dipertingkatkan Bagi Memastikan Ekonomi Berkembang


 


 March 15th, 2023  |  08:40 AM  |   139 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta jabatan-jabatan di bawahnya akan terus berusaha bagi memastikan keluaran serta sumbangan dari sektor sumber-sumber utama dan pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

 

Ke arah ini, penekanan utama dalam cadangan peruntukan yang disediakan bagi KSSUP bagi tahun kewangan 2023/24 ini, memfokuskan kepada perancangan dan perlaksanaan program dan inisiatif yang menjurus kepada usaha-usaha untuk yang pertama, mendukung pertumbuhan serta peningkatan keluaran industri di bawah sektor Makanan.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan ucapan mukadimah mengenai kementeriannya pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke sembilan yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini seterusnya menambah, kedua ialah mendukung Pembangunan dan Pemuliharaan Sumber Hutan, bukan saja ke arah pemuliharaan alam sekitar malah juga bagi menyumbang ke arah perkembangan ekonomi Negara; dan akhir sekali ialah mendukung Pertumbuhan dan Pembangunan Industri Pelancongan.

 

Dalam mendukung pertumbuhan serta peningkatan keluaran dari sektor makanan ujar Yang Berhormat, ia bukan sahaja memfokuskan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan keluaran dari aktiviti-aktiviti keluaran primer (primary production), tetapi juga memfokuskan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan keluaran dari aktivitiaktiviti industri pemprosesan dan nilai tambah (processing and value-adding) berasaskan pertanian dan perikanan, termasuk mengukuhkan keseluruhan ekosistem dan rantaian nilai (value chain) yang berkaitan dengan industri ini.

 

Penekanan utama penggunaan peruntukan pada tahun ini, tegas Yang Berhormat, akan ditumpukan kepada usaha-usaha untuk menaik taraf dan menyediakan infrastruktur asas industri yang kondusif.

 

Ini menurut Yang Berhormat, adalah bagi memudahkan para pengusaha untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan dalam menyumbang kepada Food Security. Keutamaan akan juga diberikan bagi perlaksanaan program-program meningkatkan kapasiti dan keupayaan jabatan-jabatan sebagai 'competent authority' yang mana termasuklah dalam memudah cara akses pasaran melalui fasiliti seperti makmal rujukan yang diiktiraf dan kepakaran melalui Qualified Personnel, bagi memenuhi piawai dan amalan terbaik antarabangsa seperti GAP, GAqP, GAHP dan HACCP.

 

Selain daripada itu kata Yang Berhormat, peruntukan juga akan disalurkan bagi usaha menggalakkan para pengusaha mengguna pakai teknologi dan teknik moden, mempraktikkan amalan pengurusan ladang dan urus tadbir yang baik (good farm management and governance); dan mengenal pasti dan menggalakkan lebih banyak lagi pengusaha-pengusaha baru untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dan perikanan, dan sebagainya.

 

Dengan yang demikian, fokus dan penekanan ini jelas Yang Berhormat, adalah selaras dengan Peta Jalan Industri Makanan (Food Industry Roadmap) yang menjadi asas panduan ke arah memacu pertumbuhan dan peningkatan keluaran sektor makanan, khususnya keluaran makanan yang halal, selamat dan berkualiti.

 

Dengan adanya perkembangan dan pertumbuhan keluaran yang positif, serta pengukuhan keseluruhan ekosistem dan rantaian nilai yang berkaitan dengan industri di bawah sektor makanan ini, ia diharap akan dapat menyumbang secara signifikan kepada peningkatan KDNK, 'food security' dan juga kepada pertumbuhan jumlah dan nilai eksport negara.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah, dalam mendukung pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan negara, pihak kementerian melalui Jabatan Perhutanan, akan terus memastikan agar usaha-usaha dalam melindungi serta memulihara sumber hutan negara, termasuk kepelbagaian biologi akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan agar aktiviti-aktiviti pembangunan negara adalah selaras dengan konteks pembangunan yang mampan (sustainable development) dan pada masa yang sama bagi mendukung perlaksanaan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Ini termasuklah Inventori Sumber Hutan; Penggazetan Kawasan Hutan dan Penanaman Semula ke atas Hutan Yang Degraded.

 

Di samping itu juga menurutnya, pihak kementerian akan terus mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan yang inovatif bagi meningkatkan keluaran dari industri perhutanan, khususnya industri pemprosesan dan nilai tambah berasaskan kayu; dan bagi meraih faedah serta manfaat ekonomi yang dapat diterokai khususnya potensi melalui 'carbon trading'.

 

Manakala, bagi mendukung pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan, pihak Kementerian melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan akan terus memberikan penekanan kepada usaha-usaha ke arah membangun, mempelbagai, mengukuhkan dan mempromosikan produk-produk pelancongan berteraskan kebudayaan (culture), pengembaraan / aktiviti lasak (adventure) dan juga alam semula jadi (nature); selain memastikan kemudahan, infrastruktur serta pemberian perkhidmatan pelancong akan terus dipertingkatkan bagi menarik serta meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.

 

Selain daripada menggalakkan kedatangan pelancong luar negara, pihak Kementerian juga terang Yang Berhormat lagi, akan meneruskan usaha-usaha mempromosi pelancongan domestik melalui program-program seperti Kenali Negara Kitani, Brunei December Festival, Local Product Expo dan sebagainya bagi menggalakkan penduduk di negara ini untuk bercuti dan berbelanja di dalam negara sendiri terutama sekali semasa musim cuti penggal persekolahan, bagi merangsang serta menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti perekonomian di dalam negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan

 2024-05-20 03:59:26

'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'

 2024-05-20 04:30:31