FacebookInstagramTwitterContact

 

Kansas City Chiefs CEO's Wife And Daughter Speak Out Amid Harrison Butker Controversy           >>           'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'           >>           Iran President Helicopter In Hard Landing - State Media           >>           Slovakia PM Attacker 'May Not Have Been Lone Wolf'           >>           Have Trump Prosecutors Made Their Case At Hush-Money Trial?           >>           DR Congo Army Says It Has Thwarted Attempted Coup           >>           Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan           >>           Meeting with Syarikat Rawaf Mina           >>           Village Head Voting and Election           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tarik Lebih Ramai Belia Ceburi Bidang Pertanian, Perikanan


 


 March 15th, 2023  |  08:41 AM  |   186 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penglibatan belia dalam bidang pertanian dan perikanan adalah sangat penting kerana golongan ini adalah merupakan tonggak yang bakal menyambung dan menerajui kepimpinan kemajuan negara masa hadapan.

 

Dalam hubungan ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui jabatan-jabatan yang berkenaan di bawahnya, telah dan akan terus melaksanakan program dan inisiatif bagi menarik lebih banyak lagi penglibatan para belia dalam bidang ini.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan ucapan mukadimah kementeriannya pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke sembilan yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis seterusnya berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melalui perlaksanaan program-program seperti program projek rintis pertanian, program pembesaran perusahaan, program pendedahan belia pertanian dan sebagainya, secara tidak langsung telah berjaya menarik penglibatan beberapa pengusaha belia dalam bidang pertanian termasuk perikanan.

 

Secara keseluruhannya terang Yang Berhormat, jumlah pengusaha belia yang terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pertanian dan perikanan meningkat dari seramai 137 orang pada tahun 2021 kepada 162 orang pada tahun 2022, yang mana dari 162 orang pengusaha belia ini, seramai 151 orang adalah mereka yang bergiat aktif dalam bidang pertanian dan 11 orang dalam bidang perikanan.

 

Dengan yang demikian, Yang Berhormat menyeru kepada para belia yang pada masa ini sedang mencari pekerjaan untuk tampil ke hadapan dan menjadikan aktiviti perusahaan dalam bidang pertanian sebagai salah satu bidang pilihan pekerjaan atau kerjaya tetap bagi menjana sumber pendapatan dan pada masa yang sama turut menyumbang ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, menjamin sekuriti makanan dan eksport.

 

Selain dari inisiatif-inisiatif dan program-program yang menumpukan kepada golongan belia, pihak kementerian juga terangnya, memberikan perhatian serta dukungan kepada perlaksanaan program dan inisiatif melibatkan penyertaan masyarakat serta penduduk kampung, misalnya dalam aktiviti-aktiviti ladang komunal (community farming) di Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) termasuk dalam mendukung inisiatif Satu Kampung Satu Produk (1K1P).

 

Ke arah ini tambah Yang Berhormat lagi, pihak Kementerian bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Darussalam Enterprise (DARe) dalam membantu serta mengukuhkan lagi kapasiti pengeluaran (production capacity) dan saluran pasaran (market outlets) bagi produk-produk yang dihasilkan oleh masyarakat serta komuniti kampung yang terlibat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan

 2024-05-20 03:59:26

'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'

 2024-05-20 04:30:31