FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sektor Pelancongan Tunjukkan Perkembangan Positif


 


 March 15th, 2023  |  08:42 AM  |   229 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dengan adanya pelonggaran terhadap langkah-langkah pengawalan bagi membendung penularan COVID-19 pada tahun lepas, jumlah ketibaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan peningkatan dari sekitar 3,543 pelancong pada 2021 kepada 35,701 pelancong pada tahun 2022.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan mukadimah pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ke sembilan yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Terdahulu, dalam ucapan mukadimahnya, Yang Berhormat menyentuh mengenai perkembangan sektor pelancongan, yang mana di sebalik situasi yang mencabar semasa penularan COVID-19, KSSUP telah berjaya mengadakan beberapa siri aktiviti bagi mendukung perkembangan serta merangsang aktiviti-aktiviti perekonomian berkaitan dengan industri pelancongan di negara ini dengan memfokuskan kepada aktiviti ke arah mendukung pelancongan domestik, antaranya seperti melalui penganjuran program 'Kenali Negara Kitani - KNK' bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk tempatan mengenai produk-produk pelancongan domestik dan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan di setiap daerah.

 

Menurut Yang Berhormat, penganjuran Brunei December Festival buat julung kalinya pada tahun 2022, mengetengahkan Local Product Expo, yang bertujuan bukan sahaja untuk menyediakan platform kepada para pengusaha tempatan untuk memasarkan produk-produk mereka secara langsung kepada pembeli tetapi juga secara tidak langsung, menyediakan tarikan tambahan bagi mendukung pelancongan domestik.

 

Selain itu juga, pihak kementerian dengan kerjasama Brunei Economic Development Board (BEDB), melalui penglibatan syarikat FDI, Sundaland Resorts Pte Ltd iaitu syarikat yang didaftarkan di negara ini oleh Mandai Global Pte Ltd, Singapura (anak syarikat Temasek Holdings), sedang dalam perlaksanaan untuk menaik taraf Kompleks Penginapan di Taman Negara Ulu Temburong.

 

Kompleks penginapan ujar Yang Berhormat, akan dinaik taraf sebagai sebuah 'resort' berkonsep mewah (luxury), yang mana insyaaAllah akan dikendalikan oleh sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang terkemuka.

 

Ini tambah Yang Berhormat lagi, sekali gus akan menaikkan imej dan daya tarikan taman ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48