Home > Bahasa Melayu
Eratkan Ukhuwah Menerusi Sukan
March 16th, 2023 | 07:05 AM | 251 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sekolah Ugama Rimba II, Kawasan Brunei III mengadakan Program Rimba II Riadah Sihat Kali Pertama Peringkat Sekolah Ugama Rimba II, Kawasan Brunei III bertempat di Dewan Sukmaindera Sekolah Rendah Rimba II.
Program berkenaan merupakan salah satu platform bagi menyahut seruan Kementerian Kesihatan ke arah warga Negara Brunei Darussalam yang sihat.
Di samping itu, untuk mengeratkan ukhuwah antara murid-murid dan guru-guru serta memberikan peluang kepada murid-murid untuk aktif bersukan dan membina kerjasama di antara guru dan juga murid.
Tetamu kehormat majlis ialah Guru Besar Sekolah Ugama Rimba II, Haji Mohd Noorarifin bin Durahim.
Seramai 23 orang guru dan kira-kira 600 orang murid mengikuti aktiviti berkenaan.
Acara dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis dan acara berkenaan merupakan projek bulanan bagi Sekolah Ugama Rimba II.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]