FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Sediakan Aksesibiliti Terhadap Sumber Bacaan, ICT


 


 March 16th, 2023  |  08:04 AM  |   83 views

KUALA BELAIT

 

Merupakan sebahagian daripada Projek Community Outreach Program bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Ke-33, Mutiara Harapan hari ini melancarkan projek untuk membekalkan penyambungan internet, peralatan ICT dan bahan bacaan bagi Asrama Sekolah Rendah Dato Maharaja Setia Dian Sukang, Ulu Belait.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan projek tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

 

Sementara itu, Ketua Pasukan Mutiara Harapan, Awang Ariffin Deng@Abdullah semasa menyampaikan ucapan mengongsikan mengenai pemilihan projek tersebut dibuat adalah berdasarkan kepada rasa tanggungjawab sosial yang berkaitan dengan pendidikan untuk memastikan pelajar-pelajar yang ditempatkan di asrama di kawasan pedalaman itu mendapat manfaat yang baik agar mereka dapat meneroka lebih banyak sumber bahan bacaan dalam meningkatkan lagi pengetahuan mereka.

 

Awang Ariffin Deng@Abdullah seterusnya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan yang diberikan oleh penaja dalam menjayakan pelaksanaan projek itu.

 

Dalam ucapannya, beliau juga berharap dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan, pihak sekolah akan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan untuk membantu para pelajar mencapai kecemerlangan sama ada 'duniawi (dunia) mahupun 'ukhrawi' (akhirat) melalui penyediaan aksesibiliti kepada sumber-sumber dalam talian dan program keagamaan yang akan diungkayahkan secara bulanan, untuk meneruskan kelangsungan projek itu bagi generasi yang akan datang.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat-syarikat dermawan yang telah sama-sama mendukung pelaksanaan projek berkenaan melalui sumbangan peralatan-peralatan ICT, televisyen dan juga bahan bacaan untuk asrama tersebut yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

 

Pada majlis itu, tetamu kehormat juga berpeluang menyaksikan program keugamaan yang telah diadakan secara dalam talian bagi para penuntut.

 

Projek tersebut bertujuan untuk menyokong Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, dalam menyediakan akses internet untuk meningkatkan kualiti hidup Brunei melalui akses inklusif kepada perkhidmatan digital, dengan penyediaan akses internet yang boleh diharap dan peralatan IT yang bersesuaian.

 

Di samping bagi mempertingkatkan pendidikan Islam bagi golongan mualaf, juga diadakan aktiviti keagamaan secara atas talian pada setiap bulan, dengan kerjasama agensi berkaitan dan sekolah rendah untuk pelajar asrama termasuk ibu bapa mereka.

 

Selaras dengan Sustainable Development Goal (SDGs) Ke-4 iaitu 'Memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua', pembekalan sambungan internet dan peralatan ICT itu diharap dapat memberi peluang kepada pelajar asrama memperoleh akses yang lebih baik kepada bahan-bahan ilmu yang bermanfaat secara atas talian, di samping pembelajaran formal dari sekolah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan, Pemangku Penghulu Mukim Sukang, pengetua, guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07