FacebookInstagramTwitterContact

 

UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persaingan Graduan Tempatan Dengan Luar Negeri


 


 March 16th, 2023  |  08:22 AM  |   78 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sejak penaiktarafan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), peranan sebagai pengeluar guru-guru ugama untuk mengajar di sekolah tidak lagi sebagaimana sebelum penaiktarafan kerana didapati ramai mahasiswa keluaran KUPU SB yang tidak dilantik menjadi guru ugama, terutama yang mengambil kursus peringkat sarjana muda.

 

Perkara tersebut perlu mendapat perhatian sewajarnya bagi mengelak penilaian negatif dan kurangnya keyakinan masyarakat terhadap prospek kerja mahasiswa KUPU SB yang memegang sijil kemahiran dalam bidang perguruan.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin membangkitkan persoalan tersebut pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini petang tadi,

 

Yang Berhormat mempersoalkan apakah inisiatif pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) untuk mengekalkan tujuan asal pembentukan maktab perguruan ugama sebagai pengeluar guru ugama dan penaiktarafannya.

 

Turut dipersoalkan, adakah KHEU juga mempunyai data kajian tentang sejauh mana mahasiswa keluaran KUPU SB ini bekerja sebagai guru ugama di sekolah-sekolah rendah ugama dan sekolah menengah sejak penaiktarafannya.

 

“Kaola juga ingin mencadangkan jika prospek kerja mahasiswa keluaran KUPU SB tidak lagi tertumpu kepada menjadi guru agama. Adalah lebih baik kursus-kursus yang ditawarkan tidak terhad kepada bidang perguruan. Sebagaimana yang tertera dalam sijil yang dikeluarkan bagi membolehkan mahasiswa keluaran KUPU SB boleh memohon pekerjaan selain bidang perguruan agama," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengulas kenyataan tersebut dengan menjelaskan bahawa Perguruan Ugama yang dahulunya dikenali Maktab Perguruan Ugama sebelum dinaikkan tarafnya ke KUPU SB merupakan satu pengajian tinggi tetapi bersifat ataupun berintipatikan pendidikan dan perguruan.

 

“Cuma kelulusannya lebih luas dan meningkat mengikut fakulti-fakulti seperti Syariah. Tetapi semua jurusan adalah jurusan perguruan dan ilmu pendidikan yang diajarkan," terang Yang Berhormat.

 

Justeru lepasan-lepasan dari Maktab Perguruan Ugama tegas Yang Berhormat adalah lepasan-lepasan yang berkelayakan dalam pengajian Islam, berpendidikan ilmu Islam dengan ilmu-ilmu Islamnya yang sedia ada.

 

“Soalannya, mengapa sekarang lepasan-lepasannya tidak semuanya menjadi guru. Perkara ini berbangkit dengan semakin ramai anak-anak negara yang sudah berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam dari luar negara bukan sahaja di Mesir, Jordan dan Malaysia bahkan dalam negara pun sudah ada seperti UNISSA," jelas Yang Berhormat .

 

“Jadi bilangan mahasiswa-mahasiswa lepasan daripada pengajian tinggi ini memanglah berada dalam 'market' untuk bekerja dan untuk berkhidmat dalam bidang keugamaan termasuklah perkhidmatan sebagai guru. Lepasan-lepasan daripada perguruan KUPU SB bersaing dengan lepasan-lepasan daripada pusat-pusat pengajian tinggi Islam di dalam dan luar negeri," ujar beliau lagi.

 

Kelainan yang sangat nyata tambah Yang Berhormat lagi ialah pada tahun 70-an hingga ke 90-an maktab tersebut sebenarnya untuk mengeluarkan mahasiswa untuk jadi guru. Skimnya itu betul sebagaimana Yang Berhormat Awang Amran sebutkan dan kerana itu ia di 'tailored' untuk guru, berdasarkan keperluan setahun, dan pengambilan setahun tidak lebih daripada 120 orang.

 

“Keperluan setahun adalah antara 90 hingga 100 orang dan mengambil kira tidak semuanya akan lulus, maka yang akan ada dalam sasaran memerlukan guru-guru ugama adalah 90 orang dengan 100 orang. Jadi mereka itu memang di 'tailored' untuk berkhidmat sebagai guru ugama," jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47