FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kekurangan Kemudahan Masjid Ditangani Dengan Segera


 


 March 16th, 2023  |  08:24 AM  |   84 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang diadakan di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini petang tadi, Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir telah mengemukakan beberapa perkara yang berbangkit antaranya isu kekurangan kereta jenazah di Daerah Temburong yang menurutnya bukanlah isu baharu dan sewajarnya ditangani dengan segera.

 

Menjawab mengenai persoalan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman turut mengambil maklum dan mengakui perkara itu akan menjadi kesulitan jika kebetulan berlaku kedukaan secara serentak.

 

“Kaola rasa Jabatan Hal Ehwal Masjid dapat menimbangkan perkara ini dan insyaaAllah dapat kaola catatkan sedemikian. Biasanya kekurangan-kekurangan seperti ini dapat 'ditampungi' oleh sama ada melalui derma tetapi mereka boleh mengumpulkannya sebagai sedekah yang diniatkan sebagai wakaf untuk kereta.

 

“Di Daerah Temburong, masjid-masjidnya kecil dan jemaah-jemaahnya tidak ramai, oleh itu pendapatan masjid tidak sebanyak mana. Kaola merasakan saranan ataupun cadangan permintaan ini adalah 'relevan' untuk dipertimbangkan," ujar Yang Berhormat Pehin.

 

Menyentuh mengenai isu permukaan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam di daerah-daerah yang mana terdapat tanah-tanah yang keras atau berbatu-batu sehingga menyulitkan proses penggalian dan pengorekan tanah-tanah kubur dan memohon agar pihak kerajaan dapat menyediakan jentera pengorek atau 'excavator' yang bersesuaian, menurut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama perkara itu tidak dapat dijanji akan dapat diadakan tetapi akan dikaji sejauh mana untuk diadakan di Temburong dan di daerah-daerah lain yang berkeadaan sedemikian.

 

Dalam pada itu, Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman turut menyuarakan berkenaan projek pembinaan Pusat Dakwah di Kampung Senukoh, Mukim Labu yang mana menurut Yang Berhormat  bahawa ia bukan tergendala cuma dalam keadaan tertentu seperti semasa keadaan COVID-19, projek tersebut lambat untuk dimulakan namun insyaaAllah pada bulan April sudah ada ketetapan untuk melaksanakan perancangan tersebut kerana ada keperluan bagi Pusat Kegiatan Ugama di Kampung Senukoh.

 

Dan terakhir mengenai papan-papan tanda menuju ke masjid-masjid terutamanya masjid-masjid yang jauh dari jalan utama dan masuk ke dalam perkampungan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mengakui kaedah papan-papan tanda ini adalah perlu dan bukan sahaja untuk kegunaan masjid, malah di jalan-jalannya.

 

“'Bisaitah' ada tanda-tanda yang sempurna seperti jalan-jalan bernama yang tentu dan untuk kegiatan yang lain yang memerlukan papan-papan tanda seperti masjid, sekolah dan sebagainya. Bolehlah dipertimbangkan dan sesuai untuk diadakan, insyaaAllah," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47