FacebookInstagramTwitterContact

 

Iran Charges Journalists After BBC Report On Teen Protester's Death           >>           Russia Using Chemical Choking Agents In Ukraine, US Says           >>           UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Makanan Negara Terjamin Halal


 


 March 16th, 2023  |  08:27 AM  |   94 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengulas mengenai kawalan makanan yang mana setakat ini tidak ada kehendak-hendak sedemikian dapat dilakukan, cuma ada semacam kolaborasi dari segi pengurusan pentadbiran saja.

 

Menurut Yang Berhormat, pihak badan yang bertanggungjawab mengenai kesihatan makanan kalau perkara itu berhubung dengan makanan mereka akan berunding dengan pihak Jabatan Syariah Kawalan Makanan Halal.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Yang Berhormat pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis.

 

Tambah Yang Berhormat, sebahagian kepada satu peringkat dahulu, perkara untuk menghalalkan itu sendiri maka yang sedemikian sendiri itu diserahkan kepada Bahagian Jabatan Syariah Kawalan Makanan Halal.

 

Tapi pada masa ini ujar Yang Berhormat, tertentu dengan dilaksanakan di bawah undang-undang oleh Kementerian Kesihatan sebagai cara untuk kerjasama dari segi halal pihak yang berkenaan itu meminta kerjasama untuk kehalalannya.

 

“Memanglah sulit, kerana sekarang ini juga ada macam kewahaman antara produk yang sudah siap untuk dimakan dan siap dimasak. Produk-produk daging seperti ayam dan daging dengan yang cuma dikehendaki itu ialah yang untuk membekalkan daging mentah.

 

“Jadi perkara ini kaola memohon untuk koala dapat merujuk lebih teliti lagi untuk dapat memberikan jawapan yang boleh meyakinkan," tambah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohd Isham bin Jaafar turut memberi pencerahan sedikit mengenai dengan peranan Kementerian Kesihatan dalam proses halal ini.

 

“Jadi kalau ada pihak dari syariah memberi misalan ada daging berproses untuk dipastikan kehalalannya.

 

“Jadi Jabatan Saintifik membuat analisa sama ada khinzir atau sebaliknya dalam barang tersebut contoh 'mencertified' daging halal itu tidak ada campuran yang lain, dan mungkin juga ada kewahaman orang, macam negeri ini mengucapkan halal, sudah Brunei cek tidak halal," terang Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menerangkan ia tertakluk kepada apa yang dibuat di 'lab' yang mana memeriksa kehalalan ini bermacam-macam prosesnya.

 

Kadang-kadang kata Yang Berhormat, kalau untuk memudahkan kalau misalan mesin itu ada 100 bahagian ia boleh 'mendetect' satu tidak halal dan ia adalah satu daripada seratus peluang tertakluk pada kekuatan mesin itu untuk memeriksa halal atau tidak halal.

 

Tetapi kalau mesin itu lebih spesifik atau sensitif, satu dalam 100,000 ia boleh 'mendetect' jadi kekuatan mesin itu untuk mengesan khinzir itu walaupun ia setitik dalam 100 ribu ia boleh 'mendetect thats mean the machine is sensitive'.

 

Jadi, apa yang dinyatakan di sini bukannya mesin yang 'kitani' buat itu untuk memastikan kehalalan itu, Kementerian Kesihatan terutamanya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama yang perlu dan mahu memastikan kehalalan itu.

 

Oleh sebab itulah, perbezaan kadang-kadang mengenai isu kehalalan dari negeri 'kitani' dan negeri yang lain.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin turut mengulas yang mana bagi daging import dan daging beku dan juga 'life animal', ia memerlukan 'veterinaries health certificate'.

 

Jelasnya, itu diperlukan untuk memastikan sumber binatang dan daging itu adalah 'free from disease'.

 

“Kalau berkenaan dengan daging berproses sudah ia bermasak sudah yang bertin, 'I think' masa ini ada agensi yang berproses ini sudah is 'mainly' di bawah Brunei Darussalam Food Authority.

 

“Normally there will require health certificate daripada pengeksport. Health certificate yang diproses itu," tambah Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan lagi.

 

Ahli MMN, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin sebelumnya bertanya mengenai cop halal yang dikeluarkan daripada negara luar sepertinya Malaysia yang dapat dilihat pada makanan tin itu cukup memadai untuk diperakui pada daging import berproses dan adakah pihak kementerian meneliti dan menilai risiko daging proses dalam tin yang di import dari segi penyakit berjangkit dan keselamatan makanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47