FacebookInstagramTwitterContact

 

Uber Faces £250m London Black Cab Drivers Case           >>           Tiktok And Universal Settle Music Royalties Dispute           >>           Iran Charges Journalists After BBC Report On Teen Protester's Death           >>           Russia Using Chemical Choking Agents In Ukraine, US Says           >>           UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Negara Zikir : Negara Yang Sentiasa Ingatkan Allah


 


 March 16th, 2023  |  08:28 AM  |   122 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mengenai Negara Zikir, rasa memadai sahaja dahulu setakat ini Negara Zikir daripada apa yang sudah 'didangah-dangahkan' (dibarigakan) dan diterangkan melalui ceramah dan majlis-majlis ilmu ialah dalam negara ini atau isinya ini adalah orang yang ingatkan Allah.

 

Kitani duduk di sini pun kitani ingatkan Allah, kitani di mana-mana pun ingatkan Allah atau ringkasnya bekerja ingatkan Allah, dalam bidang apa pun ingatkan Allah.

 

Ber'business' ingatkan Allah, jadi semua dalam negara itu menuju ke arah tersebut. Ini bukan sahaja secara 'ceremonials' tetapi dengan kefahaman kitani ingatkan Zikir maknanya negara yang ingatkan Allah.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengulas perkara tersebut pada hari ke-10 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Jadi apa juga ciri-ciri kenegaraannya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyatakan, apa jua keperluan-keperluan dalam kenegaraan itu ialah selaras dengan mengingat Allah dalam bentuk apa pun jua dan selaras dengan mengingat Allah.

 

“Perkara ini sudah banyak dibarigakan (didangah-dangahkan) dan kaola rasa tidak patut ada lagi kekeliruan.

 

“Tetapi untuk menambahkan kefahamannya sebenar-benarnya, kaola rasa apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat Pehin itu boleh difikirkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) atau mana-mana jawatan-jawatan yang berkenaan dalam bidang keugamaan sekarang ini untuk sama-sama meluaskan lagi sosialisasi Negara Zikir ini kerana KHEU sendiri ada strategik mengenai Maqasid Syariah," terang Yang Berhormat.

 

Jelas Yang Berhormat, untuk melaksanakan Maqasid Syariah ini dalam pemahamannya pada masa ini proses-proses memahamkan Maqasid Syariah sedang menyediakan indeksnya.

 

Jadi menurut Yang Berhormat, Negara Zikir pun boleh dilakukan secara sedemikian secara berterusan, pemahaman yang sebenarnya apa yang akan dibuat.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama juga merasa hal sedemikian tidaklah patut ada keraguan lagi bahawa apa yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah sebagai Negara Zikir ialah di mana 'kitani' mengingat Allah kerana ia akan menimbulkan ketaatan, timbullah rasa kekhusyukan 'kitani'.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, timbullah rasa bahawa 'kitani' hanyalah hamba Allah dan apa-apa jua kepercayaan 'kitani' datang dari Allah dan hanya kepada Allah semata-mata.

 

Terlebih dahulu, Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof memohon pencerahan mengenai apakah yang dimaksudkan yang sebenarnya ciri-ciri untuk menjadi Negara Zikir tersebut dan apakah strategi-strategi atau inisiatif-inisiatif yang lebih efektif dan juga berkesan bagi kita menjurus ke arah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Uber Faces £250m London Black Cab Drivers Case

 2024-05-03 02:10:11