FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PA perlu Tingkatkan Produktiviti, Penghasilan Negara


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah. |FOTO : PELITA BRUNEI(Mohamad Azmi Awang Damit, Hernie Suliana Haji Othman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 October 21st, 2016  |  10:24 AM  |   1021 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 20 Oktober. - Perkhidmatan Awam (PA) adalah teras utama untuk kemajuan sesebuah negara dan Warga PA adalah pengurus, pemudahcara dan malah agen kepada perubahan.

 

Kerana itu, warga PA perlu memiliki disiplin yang tinggi dan kesungguhan dalam memainkan peranan masing-masing Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Warga PA titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia perlu meningkatkan diri dengan mengenali 'baseline' masing-masing, setakat mana minda, sikap dan kemampuan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk negara dan pelanggan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menegaskan bahawa negara adalah benar-benar berhajat kepada khidmat para penjawat awam yang mana melalui perkhidmatan merekalah akan dapat ditingkatkan produktiviti dan penghasilan negara.

 

Kerana itu alhamdulillah titah baginda lagi negara sekarang sedang giat menggunakan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan 'delivery approach' dan semua ini, adalah berpaksikan kepada amalan-amalan terbaik.

 

"Di samping itu, kita juga menggunakan penanda-aras atau 'benchmarking', seperti kedudukan negara di mata antarabangsa dalam World Bank Ranking on Ease of doing Business. Dan baru-baru ini, kita telah menyertai World Competitiveness Index yang dikendalikan oleh World Economic Forum.
Beta penuh yakin, dengan usaha bersepadu semua kementerian, yang dilengkapi dengan strategi-strategi yang berasaskan "evidence and result base", kita insyaaAllah akan dapat menjayakan pelaksanaan Wawasan 2035," titah baginda.

 

Ketika bertitah Kebawah DYMM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan pemenang-pemenang Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam dan baginda yakin anugerah tersebut akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua warga PA untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai tahap kecemerlangan PA.

 

Baginda juga bertitah mengucapkan terima kasih dan penghargaan peribadi baginda kepada pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun ini di atas sumbangan dan jasa bakti mereka semasa dalam perkhidmatan dengan kerajaan dan mendoakan semoga Allah juga akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda.

 

Lebih dalam kategori ini: « PA perlu proaktif laksana dasar-dasar kerajaan

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54