FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen KNK Meneruskan Promosi Kempen Pelancongan Domestik


 


 March 17th, 2023  |  12:12 PM  |   113 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan meneruskan kempen Kenali Negara Kitani (KNK) dengan menyertai Brunei MSME Festival 2023 anjuran Darussalam Enterprise (DARe) selama empat hari bermula dari hari ini sehingga 19 Mac 2023.

 

Objektif penglibatan dalam acara ini adalah tidak lain untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik sebagai persediaan awal buat orang ramai untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dan rakan sewaktu musim cuti penggal persekolahan yang akan bermula pada bulan April ini.

 

Melalui kempen ini, orang ramai dapat mengetahui pelbagai produk dan aktiviti pelancongan domestik yang akan ditawarkan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan.

 

Antara penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan yang bersama-sama turut serta dalam acara ini adalah Jerudong Park Country Club, Seria Energy Lab, Labi Coffee Farm, Angkasa Oud Agarwood Company, Poni Divers Group dan beberapa hotel di bawah Persatuan Hotel Brunei (Brunei Association of Hotels, BAH).

 

Syarikat-syarikat yang terlibat akan mempromosikan pelbagai pakej-pakej pelancongan menarik sesuai bagi setiap peringkat umur seperti aktiviti pelancongan berasaskan komuniti, 'staycation' dan banyak lagi.

 

Pelbagai aktiviti menarik juga turut diadakan antaranya seperti KNK Mix & Match dan KNK Quiz untuk orang ramai dan pengunjung di petak pameran Jabatan Kemajuan Pelancongan.

 

Jabatan ini menyeru orang ramai untuk beramai-ramai berkunjung ke MSME Festival ini dan mengambil peluang untuk mendapatkan tawaran menarik dan menyokong pengusaha dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan.

 

Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut untuk merancang percutian yang hebat, bolehlah melayari laman sesawang 'www.bruneitourism.com' atau kunjungi Instagram '@info.bruneitourism'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47