FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dorongan Serta Doa Keluarga Pembakar Semangat


 


 March 17th, 2023  |  12:16 PM  |   73 views

TEMBURONG

 

Menyertai Program Khidmat Bakti Negara dapat membantu untuk mendisiplinkan diri supaya nanti dapat berdikari dan mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain terutama sekali orang di sekeliling yang sebelum ini telah banyak berkorban.

 

Penerima Anugerah Pelatih Lelaki Terbaik Kawad iaitu 13476 Muhammad Sukhairol Suharae bin Abdulah Suhardi, 20 tahun, menyatakan demikian semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei di Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-11 di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, Batu Apoi.

 

Sebelum menyertai PKBN, beliau merupakan lepasan graduan dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Business Campus dalam bidang Business and Administration dan yang mendorong beliau untuk menyertai PKBN ialah dirinya sendiri sehingga berjaya meraih Anugerah Pelatih Lelaki Terbaik Kawad.

 

“Saya memang tidak menyangka kerana dianugerahkan Pelatih Lelaki Terbaik Kawad memandangkan semua pelatih adalah terbaik cuma rezeki berpihak kepada saya dan ia adalah berkat doa keluarga terutama sekali nenek saya.

 

“Selepas ini, insyaaAllah, saya akan terus berusaha dan mempraktikkan apa yang telah diajar oleh jurulatih-jurulatih di PKBN dengan penuh dedikasi serta berkualiti," ujarnya.

 

Beliau juga berpesan agar berpegang kepada empat prinsip hidup, iaitu DUIT - Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Manakala Anugerah Pelatih Perempuan Terbaik Kawad diberikan kepada 13590 Nur Insyirah Batrisya binti Haji Zainuddin, 17 tahun, yang selepas ini akan melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Brunei dalam jurusan Kejururawatan.

 

Setelah menyertai PKBN, beliau sedar untuk jangan terlalu memanjakan diri dan jangan sekali-kali berputus asa di dalam melakukan sesuatu.

 

“Sepanjang berada di PKBN, semangat kekuatan saya ialah kedua ibu bapa saya dan mereka juga yang telah mendorong saya untuk menyertai PKBN yang sedikit sebanyak dapat membantu memantapkan lagi disiplin diri.

 

“Untuk para belia di luar sana, jangan takut untuk mencuba kerana untuk menempuh kehidupan bukanlah senang dan pengurusan masa itu juga penting dalam hidupan harian," jelasnya.

 

Bagi belia yang ingin menyertai PKBN tambahnya, kuatkan semangat dan pastikan diri awda jenis tahan maki.

 

Sementara itu, penerima Anugerah Pelatih Lelaki Terbaik Jasmani, 13693 Mohammad Addey bin Someun, 21 tahun, baru saja menamatkan pengajian di IBTE Mechanical Campus dalam bidang Blasting & Painting.

 

“Saya menyertai PKBN kerana bagi melengkapkan pembelajaran di IBTE selain berusaha untuk memperoleh apa yang telah saya raih pada hari ini.

 

“Sepanjang berada di PKBN, saya belajar tentang untuk sentiasa bersemangat dan jangan mudah berputus asa di dalam melakukan sesuatu," katanya.

 

Menyentuh mengenai perasaannya apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Lelaki Terbaik Jasmani, beliau merasa bangga dan tidak menyangka sama sekali kerana terpilih menjadi pelatih jasmani terbaik.

 

Beliau juga menasihatkan para belia agar sentiasa berfikiran positif dan sentiasa patuh kepada arahan yang diberikan.

 

Bagi penerima Anugerah Pelatih Perempuan Terbaik Jasmani, 13560 Rabiatul Adawiyah binti Shahminan, 18 tahun, yang mendorong beliau untuk menyertai PKBN ialah kedua ibu bapanya memandangkan beliau memang seorang yang tahan lasak dan bercita-cita untuk menceburi diri dalam bidang ketenteraan.

 

“Sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Kampung Mentiri dan selepas ini saya mungkin akan menyertai pengambilan rekrut askar wanita.

 

“Perasaan saya setelah dianugerahkan menjadi salah seorang yang terbaik ialah saya merasa amat bersyukur dan berbangga kerana diberi kepercayaan sepanjang saya berada di PKBN," ujarnya.

 

Penerima Anugerah Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan iaitu 13292 Muhammad Nur Iffat Fadlullah bin Fandi, 17 tahun, sebelum ini merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait.

 

Menurutnya, yang mendorong beliau untuk menyertai PKBN adalah dirinya sendiri kerana ingin meningkatkan disiplin diri, belajar untuk mengurus masa dan keluar dari zon selesa.

 

“Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil yang tidak dijangkakan kerana terpilih sebagai Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan.

 

“Ini juga adalah berkat sokongan dan doa kedua ibu bapa serta keluarga saya dan orang-orang di sekeliling yang tidak pernah jemu untuk menyokong," luahnya.

 

Tambahnya, untuk belia di luar sana teruslah berusaha dan jangan pernah berhenti untuk berjuang kerana setiap permulaan pasti ada penghujungnya yang berbaloi jika kita terus bersemangat.

 

Anugerah Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan diberikan kepada 13370 Hazirah Maisarah binti Hamdillah, 19 tahun, baru saja menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Sayyidina Hassan.

 

Kedua ibu bapanya melihat potensi yang ada pada dirinya adalah menjadi pendorong untuk dirinya menyertai PKBN pada pengambilan kali ini dan ternyata, ia tidak sia-sia kerana beliau terpilih sebagai Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan.

 

“Saya merasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa dan keluarga saya.

 

“Kejayaan yang saya peroleh pada hari ini adalah usaha saya selama menyertai PKBN, antaranya ialah dengan banyak menceburi setiap aktiviti, menjadi Top 5 di setiap peperiksaan IFA dan BFT serta pandai dalam bidang berkawad juga berani dan jangan sentiasa berasa berpuas hati," jelasnya.

 

Menurutnya, para belia haruslah mengambil peluang yang ada kerana ia merupakan tempat di mana mereka dapat menyerlahkan kepandaian serta bakat yang terpendam dalam diri mereka.

 

Perancangan beliau selepas ini ialah ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dan akan mencuba untuk menceburkan diri dalam bidang ketenteraan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47