Home > Bahasa Melayu
ITQSHHB Anjur Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar Cemerlang Peringkat Menengah
March 17th, 2023 | 12:17 PM | 77 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Penghargaan Pelajar-Pelajar Cemerlang Peringkat Menengah bagi Sesi Pengajian 2022M Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) diadakan petang tadi bertempat di Musolla, ITQSHHB.
Seramai 162 penuntut peringkat Menengah bagi sesi pengajian 2022M menerima hadiah masing-masing iaitu 15 pelajar menerima Anugerah Al-Imam Asy-Syathibi; 98 pelajar menerima Anugerah Al-Imam Jazari; 46 orang menerima Anugerah Cemerlang Akademik; dua orang menerima Anugerah Kategori 'C'; serta seorang pelajar menerima Anugerah Kategori 'D' 1.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh pelajar ITQSHHB, Awang Razin Hakim bin Abd Razak.
Diikuti dengan ucapan Timbalan Pengetua Pengajian Tinggi ITQSHHB, Awang Ali Sabri bin Haji Yusof, selaku tetamu kehormat.
Seterusnya acara disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar peringkat Menengah yang disempurnakan oleh Timbalan-timbalan Pengetua ITQSHHB.
Antara tujuan majlis diadakan ialah sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang diraikan atas kejayaan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Al-Quran dan Akademik serta peperiksaan awam, di samping sebagai satu motivasi serta pencetus semangat kepada pelajar-pelajar yang lain.
Hadir sama di majlis tersebut ialah timbalan-timbalan pengetua, pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan serta pelajar-pelajar institut berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]