FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PDI Serahkan Bantuan Harian Melalui Projek Fathul Barakah 4.0


 


 March 17th, 2023  |  12:26 PM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih daripada 400 infak telah berjaya dikumpul melalui Projek Fathul Barakah 4.0 secara keseluruhannya yang diungkayahkan oleh Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan Persatuan-persatuan Muallaf Seluruh Negara yang telah diadakan secara serentak di keempat-empat daerah iaitu di PDI Kampung Pulaie; Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong; Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, dan Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong secara pandu lalu pada 25 dan 26 Februari 2023 lalu.

 

Sehubungan itu, majlis penyerahannya diteruskan lagi di Daerah Brunei dan Muara dengan mengunjungi rumah-rumah penerima seramai tujuh buah keluarga mualaf yang memerlukan di sepanjang Jalan Muara.

 

Ikut serta selaku ketua rombongan dan berkesudian untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan ialah Pengarah PDI, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

 

Turut menyertai rombongan, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Perancangan Penyelidikan, PDI, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman; Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Muallaf, PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub; dan Yang Dipertua Persatuan Nurul Islam, Awang Haji Mohd Hazwan bin Abdullah.

 

Sumbangan dan bantuan yang disampaikan adalah untuk menampung keperluan harian dan sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau dari segi aspek perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin khususnya dalam kalangan mualaf seperti keperluan asasi mahupun bantuan lainnya agar terus dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, di samping aspek penglibatan bimbingan dan penghayatan agama Islam khusus bagi mualaf di negara ini.

 

Antara lain tujuan Projek Fathul Barakah 4.0 adalah untuk mengeratkan hubungan ukhuwah antara mualaf dengan PDI dalam sama-sama mengungkayahkan kerja-kerja berkebajikan untuk kesejahteraan mualaf khususnya di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47