Home > Bahasa Melayu
KHEU Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
March 17th, 2023 | 12:28 PM | 97 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, mengadakan bacaan Surah Yaa Siin diikuti Tahlil bagi ayahanda, bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.
Majlis berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.
Hadir bersama rombongan pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Besar.
Bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat diikuti dengan membaca Tahlil dan Doa Arwah.
Lebih 200 warga KHEU terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan hadir pada majlis yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan KHEU.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]