FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tangani Isu Sekuriti Rentas Sempadan, Serantau, Global


 


 March 17th, 2023  |  12:29 PM  |   138 views

MELBOURNE, AUSTRALIA

 

Isu-isu sekuriti rentas sempadan di peringkat serantau dan global termasuk ancaman pengganasan, keselamatan siber dan perlindungan Critical Information Infrastructure (CII) merupakan di antara isu-isu yang dibincangkan semasa Mesyuarat Sub-Regional Meeting on Counter Terrorism and Transnational Security (SRM) Ke-4 yang berlangsung di Melbourne, Australia, hari ini.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) ke mesyuarat tersebut diketuai oleh Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara dengan disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari JPM dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

 

Mesyuarat SRM Ke-4 telah dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Keselamatan Siber Australia, The Honourable Clair O'Neill dan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Mohammad Mahfud MD.

 

Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Menteri-menteri dan Pegawai-pegawai Kanan dari New Zealand, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura dan Thailand.

 

Semasa Mesyuarat SRM Ke-4 tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM mengetengahkan komitmen NBD ke arah mendukung usaha-usaha antarabangsa bagi memerangi jenayah pengganasan yang mana ia adalah salah satu ancaman utama terhadap keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

 

Menurut Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM lagi, NBD mengambil perhatian yang serius terhadap isu penyebaran ajaran ekstremis oleh individu-individu yang mempunyai pemahaman yang sesat mengenai konsep 'jihad'.

 

Dalam hal ini, agensi-agensi keselamatan di NBD tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu berkenaan. Sehubungan itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa melaksanakan usaha-usaha dengan pendekatan Whole-of-Nation dan Whole-of-Government untuk melindungi rakyat dan penduduk NBD dari ancaman pengganasan dan ajaran-ajaran ekstremis.

 

Menyentuh mengenai keselamatan siber pula, Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Australia dan Republik Singapura di atas kerjasama dan pengalaman-pengalaman yang telah dikongsikan dengan NBD sebelum ini khususnya berkaitan jenayah siber, perlindungan CII dan isu-isu sekuriti yang melibatkan rangkaian 5G.

 

Mesyuarat SRM Ke-4 turut membincangkan hasil Mesyuarat Senior Officials Counter-Terrorism Policy Forum Ke-2 yang telah bersidang pada 19-20 Disember 2022 termasuk perkembangan terkini mengenai usaha-usaha untuk memuktamadkan dokumen High-Level Principles for the Protection of Children in Relation to Terrorism and Violent Extremism in the Sub-Region.

 

Mesyuarat juga berpeluang mendengarkan taklimat mengenai inisiatif-inisiatif di bawah Counter Terrorism Information Facility (CTIF).

 

Semasa berada di Melbourne, Australia, Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM juga telah mengambil peluang mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Keselamatan Siber Australia, The Honourable Clair O'Neill bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama di antara kedua-buah negara khususnya di dalam bidang keselamatan siber, penguatkuasaan maritim dan keselamatan sempadan.

 

Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM juga telah mengadakan perjumpaan muhibah dengan Menteri Negara, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan, Republik Singapura Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim.

 

Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM telah menzahirkan penghargaan di atas kerjasama yang erat di antara NBD dan Republik Singapura di dalam menangani isu-isu sekuriti yang berkepentingan bagi kedua-dua buah negara termasuk isu pengganasan dan ekstremisme, isu berkaitan dadah dan keselamatan siber.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07