FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei MSME Festival 2023 Platform Untuk Bangunkan Produk, Perkhidmatan Tempatan


 


 March 17th, 2023  |  12:32 PM  |   186 views

JERUDONG

 

Pesta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Negara Brunei Darussalam (Brunei MSME Festival) 2023 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap PMKS dengan menyediakan mereka lebih banyak peluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di peringkat kebangsaan.

 

Perkara tersebut antara yang dinyatakan dalam ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (Brunei Economic Development Board - BEDB) dan DARe, Daniel Leong semasa Majlis Pelancaran Brunei MSME Festival 2023 bertempat di Bridex Hall 1, di sini.

 

Selain itu tambahnya, festival tersebut juga menjadi platform bagi mengenal pasti produk dan perkhidmatan tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan lagi, sama ada untuk eksport atau penggantian import, di samping menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat dan meningkatkan kesedaran tentang apa yang Darussalam Enterprise (DARe) boleh tawarkan untuk menyokong pembangunan PMKS di negara ini.

 

Pada masa yang sama menurutnya, festival tersebut juga berfungsi sebagai saluran yang baik untuk pengguna dan pembeli bagi meneroka dan menemui bukan sahaja produk dan perkhidmatan tempatan baharu tetapi juga yang sedia ada mungkin tidak pernah mereka temui sebelum ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan acara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah juga selaku Pengerusi BEDB dan DARe.

 

Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Brunei MSME Festival 2023, diadakan selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad, 19 Mac 2023 bertempat di Bridex Hall 1 dan 2, di sini, dengan tema 'DARe to Innovate : Growth & Resilience through Innovation'.

 

Festival itu menghimpunkan lebih daripada 200 gerai dalam Kategori Makanan dan Minuman; Pembuatan (Manufacturing); Peruncitan (Retail); Fesyen dan Tekstil, Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan; dan Perkhidmatan (Services), dengan bermatlamat untuk menyediakan platform bagi perniagaan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, belajar daripada pakar industri, dan berhubung dengan bakal pembeli dan rakan kongsi.

 

Selain pelancaran Brunei MSME Festival, satu persidangan turut diadakan pada sebelah petang yang menghimpunkan pakar dari sektor awam dan swasta serta ahli akademik untuk membincangkan bagaimana perniagaan, khususnya PMKS boleh memanfaatkan inovasi berskala dan membina kedayatahanan.

 

Acara itu juga mempamerkan pelbagai aktiviti termasuk Pameran, Seminar, Sesi Padanan Perniagaan dan Aktiviti Interaktif.

 

Seminar antaranya melibatkan ceramah oleh agensi kerajaan dan sesi perkongsian oleh PMKS mengenai maklumat yang relevan untuk perniagaan, manakala sesi Padanan Perniagaan melibatkan pertemuan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dengan kedua-dua pembeli dan pengedar tempatan dan antarabangsa dari Singapura, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

Brunei MSME Festival adalah bukti komitmen negara untuk menyokong PMKS untuk berkembang dan berinovasi.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Brunei MSME Festival, sila layari saluran media sosial Facebook dan Instagram '@bruneimsmefestival'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10