FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penjelasan Mengenai Isu Tauliah Da’ie


 


 March 17th, 2023  |  12:35 PM  |   183 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persoalan mengenai apakah warga asing yang berada di negara ini juga diberikan tauliah da'ie, turut diperdengarkan pada Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Pada persidangan yang memasuki hari ke-11 itu, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong turut mempersoalkan apakah pihak Majlis Ugama Islam Brunei sentiasa memantau ahli-ahli da'ie ini termasuk pensyarah-pensyarah yang didatangkan dari luar negeri.

 

Menjawab soalan yang diutarakan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata, ini merupakan salah satu daripada cara kita menggiatkan dakwah, di mana ia tidak semata-mata dilakukan oleh orang berjawatan dalam bidang-bidang tertentu terutama sekali di Pusat Da'wah Islamiah.

 

Menurut Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, orang ramai memerlukan pendakwah-pendakwah atau yang disebut da'ie daripada orang luar daripada negara kita. Bahkan di luar daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, ada yang sudah disebut sebagai da'ie dari kalangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, bahkan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Islam dan juga orang-orang yang sudah berkelulusan sedemikian.

 

Maka untuk menampung keperluan-keperluan ini tambah Yang Berhormat, kebenaran diberikan untuk orang ramai meminta untuk dirinya atau meminta bagi suatu musim tertentu bagi seseorang itu menyampaikan tazkirah, ceramah atau 'mauizah' dan sebagainya.

 

“Untuk itu, bagi kawalannnya, tauliah itu ialah untuk memastikan orang yang akan da'ie melaksanakan tugas-tugas sebagai itu, sama ada da'ie untuk menyampaikan ajaran-ajaran ugama atau da'ie yang menyampaikan motivasi-motivasi sahaja.

 

“Ada da'ie yang disebut secara luas, merangkumi tauliah itu sama ada terus menyampaikan ajaran ugama ataupun menjadi guru seperti guru Al-Quran, dari semasa ke semasa da'ie yang datang ke negara ini semuanya dikehendaki untuk bertauliah.

 

“Jika da'ie dari dalam negeri, tauliahnya dinilai daripada setahun ke tahun untuk disambung atau sebaliknya," terang Yang Berhormat lagi.

 

Dalam hal ini ujar Yang Berhormat, keperluan masyarakat dapat tertampung dan sejauh ini tidak ada masalah berat yang dihadapi oleh jawatankuasa sebagai penasihat untuk tauliah itu diberikan kerana pemohon-pemohon pada hakikatnya adalah orang yang berkelayakan, cuma untuk dipastikan dan diperingatkan had-had mana yang mereka sedia mengetahui, bukan sahaja mengenai hukum hakam, amalan-amalan dan kefahaman Islam kita di Negara Brunei Darussalam supaya tidak terkeluar daripada agama.

 

Yang Berhormat menambah, jika ada da'ie yang dijemput hadir dari luar negeri juga dikenakan syarat sedemikian dan diberikan garis panduan sama ada lebih awal atau semasa mereka berada di sini ataupun jika mereka itu sudah berkali-kali datang ke Negara Brunei Darussalam, itu lebih mudah. Iaitu dilihat sahaja daripada rekod laporan mereka, sama ada mereka mempunyai masalah berbangkit ataupun tidak, jika tidak ada, maka lebih mudah lagi urusannya.

 

“Jadi yang dikhuatirkan ini adalah ada da'ie dari luar dan ada orang kita yang berkecenderungan untuk mendapatkannya bagi sesuatu perhimpunan atau perkumpulan. Maka inilah yang menjadi perhatian Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

“Jika mereka sudah ada rekod baik dalam pendakwahannya, sangat menarik, itu adalah satu kelebihan tetapi kita juga melihat rekod-rekod yang ada di luar negeri, mengenal pasti mereka itu, apa kecenderungannya dan bagaimana.

 

“Kadang-kadang kita tidak tahu, hanya mengetahui dia sudah tersohor namanya dan terpakai dalam bidang-bidangnya terutama sekali dalam bidang motivasi dan sebagainya tetapi ada rekod-rekod lain yang perlu kita ketahui.

 

“Mujurlah pada zaman ini, kita boleh melihat daripada internet untuk mengetahui perkara-perkara yang sedemikian itu," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10