FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cadangan Program Bagi Mentakmirkan Masjid


 


 March 17th, 2023  |  12:36 PM  |   156 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara bagi hari ke-11, yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Ahli MMN, Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin mencadangkan supaya guru-guru ugama terlibat secara aktif dalam apa-apa juga kegiatan yang diadakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid.

 

“Kalau boleh, mereka menjadi contoh kepada belia dan pelajar mereka. Sehubungan itu, kaola mencadangkan supaya kegiatan-kegiatan di masjid diambil kira dalam penilaian mereka sebagai insentif kepada guru-guru ugama ini," jelas Yang Berhormat.

 

Merespons kepada cadangan tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata, ia adalah suatu saranan yang mungkin berupa terbuka kepada awam untuk menilainya dan penilaiannya kalau dikira banyak yang 'pros' tentu ada yang mengharapkan sedemikian itu.

 

“Harapan sedemikian itulah harapan dari kementerian sendiri juga kerana setiap anggota daripada warga kementerian terutama sekali yang mempunyai kelayakan-kelayakan mengajar dan sebagainya.

 

“Ertinya mendapat tempat di hati masyarakat sebagai orang yang dipercayai dalam perkara ugama kerana mereka itu guru untuk terlibat dalam hal-hal kemasyarakatan kampung dan sekitar tadahan sekolah.

 

“Dalam tadahan sekolah itu ialah masjid. Masjid itu ada tadahannya namanya kariahnya termasuk sekolah. Jadi ada baiknya yang 'kitani' harapkan terutama sekali mereka akan aktif dalam Jawatankuasa Takmir, itu yang 'kitani' harapkan. Dengan sedemikan akan lebih banyak lagi idea-idea yang dapat dikumpulkan oleh jawatankuasa itu untuk mentakmirkan masjid," terang Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Pentakmiran masjid itu tambah Yang Berhormat juga turut dicadangkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelumnya yang mencadangkan beberapa program.

 

“Tinggal saja lagi sekarang ini kita dalam permesyuaratan, ada baiknya idea-idea sedemikian nanti Yang Berhormat sudah tentu ada 'base'nya di tempat kampung beliau dan Yang Berhormat ada juga 'base'nya. Dalam erti kata kalau orang menyebut 'akar umbi', tidak 'kitani' menyebut sebagai penyokong-penyokong kerana 'galak' bunyinya.

 

“Sebagai akar umbi untuk bersama-sama memikirkan, yang 'kitani' ketahui kegiatan yang sudah teratur pada masa ini, belia dan Muslimahnya dan beberapa program yang diatur oleh pegawai-pegawai masjid itu sendiri.

 

“Untuk memperbanyakkan dan lebih menyusun baik, mungkin idea-idea baharu dari kalangan yang baru terlibat adalah sangat dialu-alukan," ujar Yang Berhormat menambah.

 

Dalam pada itu, Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali juga mencadangkan agar peranan masjid diperkasa sebagai pusat penyebaran ilmu dan dibekalkan dengan rujukan ilmiah dan capaian internet bagi menarik golongan belia dan remaja hadir ke masjid untuk mengikuti program-program yang dianjurkan seperti Malam Munajat Kementerian Hal Ehwal Ugama yang mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh negara.

 

Di samping itu, memperkasa peranan imam dalam menyampai dan menegakkan syiar Islam terutama semasa Solat Jumaat. Imam-imam diberikan pendedahan untuk membaca khutbah dan mengimam Solat Jumaat di masjid-masjid yang berlainan dalam satu mukim tertentu.

 

Ini jelas Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali akan memberikan pengalaman yang lebih meluas kepada para imam dan jemaah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10