FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penilaian Sijil Halal Dipantau Dengan Teliti


 


 March 17th, 2023  |  15:35 PM  |   191 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada hari ke-11 Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mencadangkan dalam membantu menaikkan keyakinan orang ramai dan juga pengguna tentang integriti proses pensijilan dan seterusnya memperkasa 'brand premier', Yang Berhormat berharap agar perkara tersebut dibarigakan supaya orang awam lebih faham dan akur proses ini yang memantau 100 peratus (%) dari awal hingga akhir oleh wakil Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Yang Berhormat mencadangkan jika boleh, disiarkan dokumentari awam supaya orang awam tahu dan memahami termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi untuk memastikan kesahihan 100% daging yang diimport dari luar negara.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyentuh mengenai Brunei Halal Brand dan peluang untuk memperkasakannya di mana usaha dan proses untuk mendapatkan Sijil Brunei Halal untuk memastikan makanan dan daging yang diimport itu halal dari hukum syariah halalan thayyiban dan selamat dimakan untuk penduduk Brunei dan tidak perlu dipertikaikan atas inisiatif kementerian-kementerian yang menanai dan dalam mempertahankan proses tersebut.

 

Agensi yang mengeluarkan Sijil Halal Brunei juga memeriksa dan mensahihkan kehalalan mana-mana produk yang diragui kehalalannya meskipun kadangkala penilaian dari agensi negara berbeza dengan hasil penilaian agensi luar negara.

 

Merespons kepada cadangan tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ingin menekankan bahawa SOP pemantauan itu prosesnya dipantau 100% dari awal hingga akhir.

 

"Hendaklah diformulasikan dan memang seperti itu dan ada 'hole point' dari wakil agensi penyembelihan yang sudah kitani laksanakan pada masa ini. Tetapi Yang Berhormat mahukan ada semacam lagi cara-cara untuk meyakinkan kitani lagi untuk mengangkat taraf Sijil Halal kitani dalam taraf premium.

 

"Jadi sijil undang-undang memanglah sedemikian, itulah bahawa semua itu akan dipeduli bahawa pusat penyembelihan dipastikan daripada audit di meja, tetapi di lapangan juga dilakukan. Tetapi bukan setakat itu sahaja dilihatkan tidak ada apa-apa. Tetapi diperiksa juga sejauh mana mutu pusat penyembelihan tersebut. Dan kaola sempat mendengar pemeriksa-pemeriksa yang ditugaskan memberi 'verified' apa lagi yang dikehendaki dan apa yang diadakan oleh pusat penyembelihan itu. Apa standard-standardnya," jelas Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Selain daripada standard yang ditetapkan di Negara Brunei Darussalam dari segi thayyibannya, keselamatannya juga tegas Yang Berhormat boleh dimakan boleh di'consume' dari segi kehalalannya dan ini menjadi peraturan-peraturan dan SOP nya.

 

Seperti di Australia dan New Zealand, jelas Yang Berhormat, terdapat berbagai pihak lagi sebelum lesen diberikan kepada pusat-pusat penyembelihan itu, ada kehendak-kehendak lagi yang diperlukannya. Walaupun kehendak-kehendak itu tidak terang-terang ada kaitannya dengan ugama tetapi apabila kita sudah menetapkan menepati kebersihan menepati kesemua ini, ia ada kaitan.

 

"Jadi janganlah kitani berfikir bahawa 'kitani' ke sana saja-saja untuk melihat sahaja. Memang cukup teliti. Memang kitani ada tanggungjawab kepada orang ramai dan juga itu mereka bahawa bertugas sebagai pemeriksa. Kemudian setelah ditetapkan pusat tersebut diiktiraf, akan didatangi lagi sebelum dilakukan pengeksportan. Ada lagi namanya penyelia-penyelia, pemerhati dan pemeriksa. Kaola minta maaf Yang Berhormat Pehin apabila mendengar pembentangan Yang Berhormat itu tadi seolah-olah apa yang 'kitani' lakukan ini di bawah standard.

 

"Seperti tidak ada sukatan-sukatan dan SOP. Tetapi sebenar-benarnya kalau lagi 'detail' bolehlah didapatkan daripada Bahagian Makanan Halal yang mereka itu terdapat bermacam-macam kalau kan disebut. Kalau diberikan kepada kaola di sini kaola pun tidak tersebut. Ada bermacam-macam sijil seperti Sijil HACCP, WHM, GMP, ISO selain daripada 'appointed quality control' dan sebagainya. Semuanya dipastikan.

 

"Bukan pulang mereka itu diberi 'verified' tetapi kitani yang memberi 'verified' orang yang kitani diperiksa ini. Ertinya SOP kitani tidaklah sub-standard, Alhamdulillah. Tinggal lagi dari segi pelaksanaannya kitani akan melihati. Yang penting, kelayakan-kelayakan untuk mereka itu selain daripada formal kursus-kursus yang ada di pengajian tinggi di UNISSA ada Halalan Thayiban namanya jadi mereka itulah antara orang-orang yang bertugas dalam bidang tersebut dan selain daripada itu berbagai-bagai kursus diberikan bagi memahami tugas dan undang-undangnya," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Jadi apa yang tinggal, tegas Yang Berhormat adalah memastikannya dilakukan atau ia terlaksana dengan baik dan ini memerlukan kerjasama yang erat dari mata masyarakat umum.

 

"Itulah yang kaola rasa bagi menjamin kehalalannya dan kitani tidak lagi syak wasangka, bila tidak lagi syak wasangka kita dapat mengelakkan syak wasangka dan apa yang asalnya tidak dapat dimakan kerana syak wasangka maka akan hilang syak wasangka.

 

"Apabila ada usaha-usaha ke arah itu terjamin penyembelihannya. Dan undang-undang mengenai Sijil Halal dan label halal dan akta daging halal adalah usaha mengelakkan dan menghilangkan syak wasangka. Itulah kaedahnya. Jadi apabila ini terlaksana maka inilah apa yang dikategorikan halal," terang Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10