FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penetapan Jawatan Tertakluk Kepada Skim Perkhidmatan


 


 March 17th, 2023  |  15:50 PM  |   233 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Melalui Skim Perkhidmatan yang baharu diluluskan, syarat kelayakan jawatan bagi Imam Tingkat III dan Imam Tingkat IV ialah Diploma dalam Bidang Pengajian Islam atau sebanding dan hendaklah lulus Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU).

 

"Manakala tangga gaji bagi Imam Tingkat III ialah C1-2 EB.3 dalam Division III dengan gaji permulaan sebanyak BND1,280 hingga BND2,270 dan tangga gaji bagi jawatan Imam Tingkat IV pula ialah dalam Division IV dengan sukatan D.4-5 EB.6 ialah gajinya BND1,225.00 bezanya berapa BND25 dengan BND80?

 

"Jadi hingga kepada BND1,785.00 itu berbeza walaupun namanya imam, satu di Tingkat 3 satu di Tingkat 4. Skimnya sama, kelayakan yang dikehendaki ialah kelayakan yang telah disebutkan tadi, iaitu Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau sebanding dan hendaklah lulus Sijil Sekolah Rendah, Imam Tingkat 3 dan Tingkat 4," jelas Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika menjawab persoalan mengenai Pemangku-pemangku Imam Tingkat IV yang telah ditetapkan jawatan dan berkelulusan HND untuk dipertimbangkan.

 

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman pada persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi hari ke-11, yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi.

 

Jawatan-jawatan bilal dan imam jelas Yang Berhormat lagi, walaupun di luar bidang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah dari antara Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Majlis Ugama Islam dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tapi dari segi pelaksanaannya, erti kata bila dicerapkan kepada skim-skimnya adalah mengikut skim yang ditetapkan oleh SPA.

 

"Kementerian ini juga bercadang dan cadangan itu mestilah mengikut aturan-aturannya yang dinyatakan seperti tadi, iaitu divisyennya dinyatakan dan dicerapkan oleh pihak yang berkenaan iaitu SPA. Keputusan berkenaan dengan yang sedemikian itu, sepertimana Yang Berhormat memohon supaya dipertimbangkan semula.

 

“Jadi jawatankuasa, kalau setakat Kementerian Hal Ehwal Ugama, cuma dapat melihat kes ini sebenarnya satu kes yang dilihat tapi untuk menjamin yang dikehendaki tertakluklah kepada skim-skim yang ada dalam perkhidmatan kerana skim perkhidmatan itu, tidak mudah dan tidak sekejap diputuskan atau ditetapkan dan sekejap itu jua untuk diubah, tidak. Ia melibatkan dasar-dasar dalam menjamin 'kelicinan' pentadbiran am, pentadbiran awam," kata Yang Berhormat lagi.

 

Menurut Yang Berhormat, kebenaran penyelarasan yang diperolehi dari SPA pada masa ini bagi pemohon jawatan Imam Tingkat 3 dalam Divisyen 3 yang mempunyai kelulusan HND akan diberikan gaji BND1,990.00 sebulan.

 

Yang Berhormat menekankan, kalau terjadi 'apprentice' ini berlainan dari keputusan ini, 'bisailah' perkara ini diberikan butir-butirnya yang lanjut untuk sama-sama disiasat oleh Bahagian Pentadbiran KHEU sejauh mana ia terlaksana atau tidak.

 

Manakala bagi pemohon jawatan Tingkat 4 dalam Divisyen 4 yang mempunyai kelulusan HND akan diberikan gaji permulaan sebanyak BND1225.00, HND tetapi dalam Divisyen 4, itulah perbezaannya.

 

"Apakah ini wajar atau tidak wajar dari segi perlaksanaannya, di Kementerian Hal Ehwal Ugama sudah dilaksanakan menurut aturan-aturan dan sukatan tangga gaji dan tingkat perkhidmatan. Bagaimanapun, kalau Yang Berhormat mahu 'detail'nya, dikehendaki memberikan butir-butirnya secara 'detail'," kata Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10