Home > Sports
PHM Team - Menara Hall Team Erat Persahabatan
March 18th, 2023 | 06:51 AM | 405 views
BANDAR SERI BEGAWAN
PHM Team (Pengiran Haji Mohammad Team) dan Menara Hall Team pagi tadi mengadakan Perlawanan Sukan Badminton Persahabatan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39.
Perlawanan sukan badminton tersebut berlangsung di Dewan Menara Hall, Bengkurong.
Seramai 30 pemain telah mengikuti perlawanan tersebut yang terdiri dari keluarga besar PHM Team & Menara Hall Team.
Turut hadir ialah Pengiran Metussin bin Pengiran Haji Mohammad selaku Pengurus pasukan PHM Team.
Objektif utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk menyemaikan jiwa patriotik demi negara yang tercinta dan dapat mengeratkan lagi silaturahim serta merapatkan lagi institusi kekeluargaan melalui aktiviti sukan yang telah lama dipraktikkan sekali gus menyahut saranan kerajaan 'Menuju ke Arah Warga Sihat' khususnya kepada generasi baharu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]