FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ramadan Peluang Menyucikan Hati, Jiwa


 


 March 18th, 2023  |  07:11 AM  |   240 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Zikrullah merupakan penyucian dalam hati dan jiwa, zikir yang dilafazkan dengan tenang dan tenteram akan melahirkan hati yang baik dan suci manakala jati yang sakit pula melahirkan perbuatan yang tidak elok dan jahat.

 

Tazkirah bertajuk 'Ku Mengharapkan Ramadan Kali Ini Penuh Makna' juga menerangkan Ramadan bukan terhad kepada ahli ibadah sahaja malah terbuka untuk semua bahkan kepada ahli maksiat sekali pun, kerana bulan kerahmatan inilah peluang yang Allah kurniakan kepada semua hamba-Nya.

 

Oleh itu, Da'ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi menasihatkan supaya memanfaatkan ia sebaik mungkin pada bulan yang penuh pengampunan.

 

"Pengharapan dalam Ramadan itu penuh makna dan justeru itu mesti ada usaha dan kesungguhan termasuk usaha itu dalam persediaan kita.

 

"Di bulan inilah juga, masa yang sesuai untuk menyucikan hati dan jiwa selain kita wajar berlumba-lumba ke arah melakukan kebajikan dan kita gandakan dan pertingkatkan lagi amal ibadah kita di bulan Al-Mubarak itu nanti," katanya pada Program Negaraku Berzikir berlangsung di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, lewat petang tadi.

 

Ahmad Muzhafar selanjutnya menerangkan berpuasa bukan bererti 'survive'  dalam mengharungi siang hari tanpa melakukan perkara yang membatalkan puasa.

 

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan bahawa objektif puasa adalah supaya kita bertakwa, berdoa, bertaubat, meraih sebanyak pahala dan juga berada di kedudukan yang tinggi bersama orang yang bertakwa.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Terdahulu, Majlis Perdana dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Sayyidul Istighfar yang dipimpin oleh Imam Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, Muhammad Tsuufiy bin Haji Abd. Wahab manakala Zikir Ratib Al-Attas dikepalai oleh Ketua Biro Keagamaan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT), Mohamad Adi Hamdi bin Haji Aminuddin.

 

Sejurus menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Ahli-ahli Biro Keagamaan KKBT seterusnya beramai-ramai membaca selawat pilihan demi mengimarahkan lagi acara berkenaan.

 

Doa Munajat, Doa Penutup dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Ahli Biro Keagamaan KKBT, Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07