FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembarigaan Prinsip Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus


 


 March 19th, 2023  |  07:42 AM  |   102 views

KATOK

 

Seramai 30 peserta terdiri daripada agensi-agensi keselamatan daripada sektor swasta mengikuti Pembarigaan Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Negara Brunei Darussalam (NBD) yang diadakan di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok, hari ini.

 

Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa, diikuti dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

 

Antara tajuk yang disampaikan di dalam taklimat tersebut termasuklah pengenalan projek strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengenai Pengukuhan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran Swasta NBD serta menerangkan definisi, dalil, prinsip utama, misi, pembahagian Maqasid Syariah, aplikasi lima Prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus, selain membudayakan penghayatan Maqasid Syariah dalam Pengurusan dan Pentadbiran serta nilai-nilai baik dalam mendukung Maqasid Syariah.

 

Program berkenaan juga turut diisikan dengan sesi bengkel yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang yang diadakan di bilik galeri sekolah berkenaan.

 

Pembarigaan projek yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Unit Muraqib, KHEU tersebut adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan Prinsip Maqasid dalam tadbir urus sesebuah organisasi dan kehidupan seharian.

 

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetengahkan Prinsip Maqasid Syariah agar dapat dihayati oleh warga perkhidmatan swasta di negara ini dalam kehidupan berugama, beraja dan bernegara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07