Home > Bahasa Melayu
Majlis Tahlil, Doa Arwah Sekampung Terus Giat Diadakan
March 19th, 2023 | 07:44 AM | 66 views
PULAIE
Dengan hanya kurang seminggu sahaja lagi menjelang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di seluruh negara.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Pulaie mengadakan aktiviti keagamaan iaitu Majlis Doa Arwah dan Tahlil Sekampung, baru-baru yang berlangsung di masjid berkenaan.
Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Anggerek Desa dan Pulaie, Pengiran Haji Wasli bin Pengiran Haji Zohari. Seramai lebih kurang 200 jemaah masjid bersama penduduk kampung turut hadir pada majlis tersebut.
Majlis didahului dengan bacaan Surah Yaa Siin yang diketuai oleh Awang Haji Muhammad Nuralif bin Haji Talib. Doa Arwah kemudiannya dibacakan oleh Imam Masjid, Mohd. Zakaria bin Haji Mohd. Salleh.
Menurut Setiausaha AJKT, Awang Muhammad Alihan bin Abusamah, aktiviti tersebut adalah diadakan bagi mendapatkan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala di samping memohon keampunan bagi ahli-ahli keluarga jemaah dan penduduk kampung yang telah kembali kerahmatullah.
Ia juga adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah antara institusi masjid dan kampung berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]