FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersama Bantu Tingkatkan Lagi Stok Bekalan Darah


 


 March 19th, 2023  |  07:46 AM  |   89 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-Tabung Darah di kesemua hospital kerajaan di negara ini memerlukan dengan segera penderma darah bagi semua jenis darah.

 

Stok bekalan darah pada ketika ini adalah berada di tahap yang sangat rendah. Oleh itu, bagi persediaan bulan Ramadan yang menjelang tiba, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai untuk datang menderma darah dan meneruskan menderma setiap 2 hingga 3 bulan, tertakluk kepada tahap kesihatan penderma bagi sama-sama membantu usaha Pusat Pendermaan Darah dalam meningkatkan lagi stok bekalan darah.

 

Orang ramai yang ingin menderma darah, bolehlah berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah atau Tabung-tabung Darah berdekatan, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

 

Sehubungan ini, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah sepertimana yang telah dirancang di beberapa buah lokasi.

 

Kempen Derma Darah akan diadakan pada 20 Mac 2023 di Bangunan Serbaguna Taman Persiaran Kuala Belait sempena Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

 

Manakala pada 21 Mac 2023, Kempen Derma Darah akan diadakan di Tingkat 1 Arcade, Little Soho, Batu Bersurat dan dianjur oleh Laneige bermula jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang.

 

Seterusnya, pada 22 Mac 2023 pula, Kempen Derma Darah diadakan di Jabatan Air, Tasek Lama yang dianjurkan oleh Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya sempena Hari Air Sedunia 2023 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.

 

Manakala pada 23 Mac 2023, Kempen Derma Darah akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi yang dianjurkan oleh Kompleks Annajat bermula jam 10.00 pagi hingga 1.30 petang.

 

Oleh yang demikian, tempahan slot derma darah melalui aplikasi Bloodkad bagi Kempen Derma Darah tersebut adalah sangat digalakkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07