FacebookInstagramTwitterContact

 

Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seminar Serantau Kesihatan Mental 2023 Buka Tirai


 


 March 19th, 2023  |  07:50 AM  |   129 views

BERAKAS

 

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan (PPK) dan Kementerian Pendidikan melalui Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar  menganjurkan Seminar Serantau Kesihatan Mental 2023 bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan seminar berkenaan, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, selaku wakil peribadi Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Turut hadir ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; dan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

Dengan tema 'Kesihatan Mental Ke Arah Kesejahteraan Ummah', antara objektif seminar diadakan bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1443 Hijrah / 2022 Masihi mengenai  keperluan bagi pendekatan yang holistik, iaitu mengimbangi antara ikhtiar keagamaan dengan rawatan konvensional dalam menangani masalah kesihatan mental.

 

Seminar dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Asma' Al-Husna dan seterusnya Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Ini diteruskan lagi dengan ucapan Pengerusi Bersama Seminar Serantau Kesihatan Mental 2023, Profesor Madya Dr. Muhammad Zahiri bin Awang Mat dan seterusnya ucapan perasmian daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

 

Seminar berkenaan diserikan dengan tayangan video dan persembahan hadrah dan diteruskan dengan  pembentangan kertas perdana daripada Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Selepas itu, diikuti dengan pembentangan kertas utama satu daripada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas utama dua yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Haniza binti Rais dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pembentangan kertas utama tiga oleh Ra'es KUPU SB.

 

Pada sesi sebelah petang, juga diadakan sesi forum yang mengetengahkan empat orang ahli panel terdiri daripada Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; Pemangku Pakar Bersekutu (Perubatan), Jabatan Psikiatrik, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Pengiran Dr. Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Ketua Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar, Kementerian Pendidikan, Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin; dan Profesor Madya Dr. Haniza binti Rais dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

 

Bukan itu sahaja, Pameran Kesihatan Mental 2023 juga diadakan selama tiga hari bermula dari 17 hingga 19 Mac 2023, bertempat di Bilik Sepakat 2 dan 3, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Pameran dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

 

Antara yang menyertai pameran berkenaan ialah Perkhidmatan Psikiatri Hospital RIPAS; PPK, kementerian Kesihatan; Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar, Kementerian Pendidikan; Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama; KUPU SB; Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan beberapa jabatan dan agensi lainnya.

 

Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara percuma diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan.

 

Kempen Derma Darah dari Jerudong Park Medical Centre turut diadakan pada Sabtu, 18 Mac 2023 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

 

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput dan dialu-alukan untuk mengunjungi pameran yang akan diadakan selama tiga hari berkenaan.

 

Untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Setiausaha Bersama Pameran, Pengiran Haji Amirul Amin bin Pengiran Haji Jamaluddin menerusi talian +673 8886649 atau Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman di Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, KUPU SB melalui  talian +673 7152914.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07