FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


20 Graduan MIAA Diraikan


 


 March 19th, 2023  |  07:51 AM  |   116 views

JERUDONG

 

Seramai 20 graduan Mahakarya Institute of the Arts Asia (MIAA) telah dianugerahkan Sijil dan Diploma Skrin dan Media baru-baru ini yang berlangsung di Empire Cinema, The Empire Brunei, di sini.

 

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

 

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Munjiyyatul Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir selaku Pengasas Bersama MIAA.

 

Institut itu ditubuhkan pada tahun 2019 untuk menyediakan latihan berasaskan kemahiran untuk pencipta kandungan tempatan bagi meningkatkan kualiti industri filem dan media tempatan.

 

MIAA bekerjasama dengan TAFE Queensland (Australia) untuk mereka bentuk program Skrin dan Media khusus untuk keperluan industri di negara ini.

 

Pada majlis tersebut, Dekan MIAA, Dr. Alex Fischer meninjau jumlah jam yang telah dihabiskan para graduan untuk menghasilkan kandungan semasa belajar di institut itu.

 

Beliau kemudian meneruskan kekuatan industri dan projek profesional yang disertai oleh pelajar MIAA sejak dua tahun lalu dan mengucapkan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi atas sokongan mereka.

 

Graduan MIAA telah membuktikan diri mereka berdaya tahan, berazam dan bersemangat sepanjang berada di institut itu. Sepanjang kursus mereka, para pelajar telah menghasilkan filem pendek, video muzik, dokumentari serta filem asal MIAA seperti Rojak TV dan Ketaman yang akan diturunkan kepada kumpulan pelajar seterusnya.

 

“Saya masih ingat Kelas Pertama, kami semua berasa sangat janggal antara satu sama lain dan apabila Dr. Alex bertanya kepada kami apa yang kami inginkan selepas kami menamatkan pengajian, kami semua mempunyai jawapan yang sama," ucap wakil pelajar Diploma Skrin dan Media, Yusman Asyraaf bin Abdullah ketika berkongsi perjalanannya sebagai pelajar institut berkenaan.

 

“Selepas menamatkan pengajian dari MIAA, kami semua telah bekerja dalam industri. Kami mahu awda semua mengikuti langkah kami dalam meningkatkan industri kreatif dan perfileman masa depan Negara Brunei Darussalam.

 

“Jumlah graduan hari ini sendiri menunjukkan bagaimana masa depan industri perfileman Brunei berada dalam genggaman yang baik," ujar Alumni MIAA, Nurhamizah binti Hamzah.

 

Beliau kemudiannya mengingatkan para graduan untuk terus mengamalkan apa yang telah diajar di institut-untuk berdisiplin, merendah diri dan tidak pernah berhenti belajar.

 

Majlis juga diserikan dengan mempamerkan video 'Behind The Scene' mengenai perjalanan semua graduan termasuk pelbagai karya yang dihasilkan pada zaman mereka bergelar pelajar perfileman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07