FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pembangunan, KHEDN Bekerjasama Tangani Kejadian Rumah Roboh


 


 March 19th, 2023  |  08:08 AM  |   140 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan pada hari ke-12 Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, petang tadi menyatakan kebimbangan orang ramai berkenaan dengan kejadian rumah roboh atau tidak selamat terutama sekali rumah-rumah keluarga daif dan di kawasan Kampong Ayer.

 

Yang Berhormat menekankan kejadian rumah roboh kadang kala berlaku pada bila-bila masa dan situasi ini perlu diambil maklum secara serius.

 

Yang Berhormat mencadangkan agar satu jawatankuasa perlu ditubuhkan yang dipelopori oleh Kementerian Pembangunan bagi menangani perkara tersebut yang bertindak secara bebas dengan lantikan ahli terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, dan NGOs.

 

Ia antara lain berfungsi dan berperanan untuk memberi amaran awal tentang situasi rumah selamat diduduki atau sebaliknya; memberi nasihat berkaitan dengan jenis bantuan seperti kerja-kerja membaik pulih rumah mengikut kesesuaian; bertindak mengikut budi bicara dengan mengetepikan soal-soal lain dan mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan; dan bekerjasama rapat dengan kepimpinan akar umbi bagi mengenal pasti rumah-rumah yang diberi perhatian.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid merespon mengenai perkara itu dengan menjelaskan bahawa telah ada wujud satu jawatankuasa di peringkat kerja antara Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk menangani hal seumpama itu.

 

Sebelum ini juga sejak tahun 2020 menurut Yang Berhormat, beberapa pemeriksaan telah dibuat ke atas rumah-rumah di Kampong Ayer terutama sekali yang telah dibuat sebelum ini rumah-rumah di Kampong Ayer, di Kampung Peramu, Mukim Peramu dan Mukim Saba.

 

“Mukim ini telah terlibat dalam perancangan Projek Pembangunan Semula Kampong Ayer Fasa 11, yang mana hasil laporan pemeriksaan tersebut telah dihadapkan ke KHEDN untuk tindakan selanjutnya," kata Yang Berhormat.

 

Walau bagaimanapun tambah Yang Berhormat, kebanyakan rumah-rumah di Kampong Ayer pembinaannya adalah seperti dimaklumi diuruskan sendiri oleh penduduk-penduduk kampung.

 

Rumah-rumah itu adalah terdedah kepada pelbagai risiko-risiko 'structural', iaitu dibina tanpa penglibatan 'qualified person'. Jadi perkara itu boleh menyebabkan rumah-rumah berkenaan lebih terdedah kepada risiko kegagalan struktur dan boleh menyebabkan rumah roboh.

 

Justeru dalam usaha untuk menangani masalah ini jelas Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan dan KHEDN telah mengadakan beberapa perbincangan bagi mengatur tindakan yang selanjutnya.

 

Sebagai langkah awal kedua-dua kementerian berkenaan akan bekerjasama untuk menyiasat keadaan integriti struktur rumah-rumah yang ada.

 

Apabila pemeriksaan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai keadaan integriti struktur-struktur kebanyakan rumah di Kampong Ayer ini nanti maka laporannya akan dihadapkan kepada jawatankuasa yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan dan KHEDN.

 

“Nanti dari sana akan merangka tindakan-tindakan yang akan dibuat untuk mengatasi masalah ini. Itulah saja yang dapat kaola sampaikan mengenai persoalan ini," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07